Remaung6renjer

Nuffnang

Showing posts with label papagomo. Show all posts
Showing posts with label papagomo. Show all posts

Friday, September 28, 2012

PAPA GOMO Sakit Tenat?

Thursday, 27 September 2012
Kuantan, Pahang

Papa Gomo Sakit Tenat

Dalam Keadaan Tenat Ke?

Hari ini entah macam mana perasaan meluap-luap mahu melawat Blog milik blogger UMNO yang paling Remaung benci iaitu Papa Gomo. Dan alangkah hampanya saya kerana Blog milik Blogger UMNO itu sudah tidak aktif. Kebanyakan posting yang dibuat adalah copy & paste daripada Blogger Pro-UMNO yang lain.
Di Widget sebelah kanan blog berkenaan ada terpapar bahawa beliau tengah sakit. Tenat sangat ke sakit beliau?

Mungkinkah Beliau Kena Aura DSAI?

Saya mula mengenal seekor Blogger in pada tahun lepas iaitu masa pilihan raya DUN Sarawak pada tahun 2011. Saya mengenali beliau bukan kerana minat dengan tulisan bercelaru beliau tetapi sebaliknya disebabkan pada masa berkenaan Bukittunggal.Com kena hack dengan blogger BN. Tiap kali click pada link Bukittunggal terus ditujukan ke blog Papa Gomo. Tapi nasib baiklah seorang rakan dapat membantu untuk menyelamatkan Bukittunggal.com.

Sebagai manusia Papa Gomo ni memang jahat. Saya rasa mengalahkan syaitan. walau sejahat manapun Papa Gomo sebagai manusia yang berpegang kepada falsafah saling hormat men ghormati serta kasih-mengasihi, saya turut bersimpatai di atas malapetaka yang menimpa beliau. Saya doakan semoga beliau dapat sembuh seterusnya bertaubat serta membantu Pakatan Rakyat dan kawan-kawan dari PAS, DAP dan PKR di dalam membongkar kesilapan Najib serta konco-konconya.

Mupok Aku


 

Sunday, October 23, 2011

Terbukti bahawa UMNO di belakang Himpun

Kuching
Sunday, 23rd October 2011

Bukti kukuh bahawa UMNO di belakang HIMPUN. Di antara bukti yang paling ketara adalah sokongan media portal dan surat khabar UMNO yang menyokong perhimpunan tersebut. Di antaranya adalah blog bernilai 20 sen iaitu Papa Gomo

Lihat bagaimana suratkhabar kepunyaan UMNO ini  begitu Rasis tanpa memperdulikan sensitiviti penganut agama Kristian di Malaysia khasnya. Sekiranya ianya bukan milik UMNO, sudah lama suratkhabar ini terkubur. Saya hanya ada perkataan CILAKA untuk akhbar ini!

Saya tidak mahu mengulas lanjut tetapi cukuplah bahawa UMNO adalah di belakang Himpun. Sebagai rakyat Sarawak, saya ingin menggesa rakyat negeri ini terutamanya yang beragama Kristian serta bukan Islam yang lain agar tidak menyokong BN kerana BN tidak dapat melindungi kepentingan agama kristian. Dan kepada rakyat Sarawak yang beragama Islam saya juga inging menggesa agar mereka  tidak memberikan sokongan kepada BN kerana BN sudah gagal untuk mengekalkan persafahaman sesama rakyat yang terdiri daripada berbilang agama dan bangsa di negeri Bumi Kenyalang ini.

Sila lihat petikan Papa Gomo yang menyiarkan tajuk yang berbentuk provokasi di dalam blognya dengan tajuk " Individu Yang Memurtadkan Umat Islam Wajib Dibunuh" . Di dalam tulisannya 
Papa Gomo telah menyeru serta setuju dengan risalah yang diedarkan semasa perhimpunan HIMPUN semalam yang menggesa agar orang Kristian yang memurtadkan orang Islam di Selangor dibunuh. Kalaulah gesaan itu boleh dibuat, apakah pula gesaan yang boleh dibuat terhadap perbuatan orang Islam yang mengislamkan orang-orang Kristian di Malaysia? Tapi saya rasa orang Kristian tidak akan berbuat demikian ini kerana asas kepada agama Kristan adalah menyeru kepada kebaikan terhadap sesama manusia.

Nampak gayanya Papa Gomo sudah melampau sampai menyeru pembunuhan orang Kristian. Kita akan memerhatikan dari dekat apakah tindakan yang akan diambil oleh PM serta pihak berkuasa terhadap Papagomo. Kalau perbuatan ini dilakukan oleh orang Kristian terhadap Islam saya percaya sejuta Laporan Polis akan dibuat oleh  mereka ini.


Mupok Aku

Blog Widget by LinkWithin

BlogTopsites

Politics Blogs - Blog Top Sites

Alexia Rank

Technorati

BlogSearch Engine

BlogRanking

Politics Blogs - Blog Rankings