Kuching
Sunday, 23rd October 2011
Mupok Aku

Sunday, 23rd October 2011
Bukti kukuh bahawa UMNO di belakang HIMPUN. Di antara bukti yang paling ketara adalah sokongan media portal dan surat khabar UMNO yang menyokong perhimpunan tersebut. Di antaranya adalah blog bernilai 20 sen iaitu Papa Gomo
Saya tidak mahu mengulas lanjut tetapi cukuplah bahawa UMNO adalah di belakang Himpun. Sebagai rakyat Sarawak, saya ingin menggesa rakyat negeri ini terutamanya yang beragama Kristian serta bukan Islam yang lain agar tidak menyokong BN kerana BN tidak dapat melindungi kepentingan agama kristian. Dan kepada rakyat Sarawak yang beragama Islam saya juga inging menggesa agar mereka tidak memberikan sokongan kepada BN kerana BN sudah gagal untuk mengekalkan persafahaman sesama rakyat yang terdiri daripada berbilang agama dan bangsa di negeri Bumi Kenyalang ini.
Sila lihat petikan Papa Gomo yang menyiarkan tajuk yang berbentuk provokasi di dalam blognya dengan tajuk " Individu Yang Memurtadkan Umat Islam Wajib Dibunuh" . Di dalam tulisannya
Papa Gomo telah menyeru serta setuju dengan risalah yang diedarkan semasa perhimpunan HIMPUN semalam yang menggesa agar orang Kristian yang memurtadkan orang Islam di Selangor dibunuh. Kalaulah gesaan itu boleh dibuat, apakah pula gesaan yang boleh dibuat terhadap perbuatan orang Islam yang mengislamkan orang-orang Kristian di Malaysia? Tapi saya rasa orang Kristian tidak akan berbuat demikian ini kerana asas kepada agama Kristan adalah menyeru kepada kebaikan terhadap sesama manusia.