Kuching
Monday, 9th May 2011
Inilah dia slogan Najib yang mengutamakan kemajuan dan juga rakyat konon. Adakah dengan menaikkan harga barang dan mengurangkan subsidi gula akan membantu rakyat? Lepas ini lagu sama yang akan didendangkan adalah dengan menasihatkan rakyat untuk mengurangan penggunaan gula sebab gula yang berlebihan akan memudaratkan kesihatan. Dan lagu kedua yang akan dinyanyikan adalah dengan mengatakan bahawa wang yang dijimatkan sebanyak RM 116 juta akan digunakan untuk pembangunan serta dapat dinikmati oleh rakyat miskin. Ya Ke??? Tetapi Najib tidak akan memaklumkan kepada rakyat bahawa kebanyakan wang itu nanti akan dinikmati oleh puak elit dalam UMNO.
Inilah akibatnya kalau kerajaan menggaji seseorang yang macam Idris Jala untuk merancang program untuk negara. Idris jala hanya mencipta nama di dalam Shell iaitu sebuah organisasi korporat yang tidak mengutamakan kebajikan. Malahan Shell lah di antara syarikat gergasi yang paling banyak mengamalkan VSS. Tanya Idris Jala.
Rakyat seharusnya dapat menilai samada mahu terus mengundi BN dan merasai kenaikan harga barang atau mengundi Pakatan Rakyat tetapi menikmati harga barang yang jauh lebih murah.
Saya tahu bahawa rakyat Malaysia mudah lupa. Tetapi dengan merasai kesangsaraan akibat kenaikan harga barang terutamanya gula, saya berharap pengundi serta rakyat Malaysia tidak mudah lupa. Terutamanya kepada penduduk rumah panjang..padan muka kerana masih mahu menyokong BN. Mulai besok, terpaksalah berbelanja lebih RM0.20 untuk sekilogram gula. Hari ini harga gula sekilo bernilai RM 2.10 tetapi mulai besok berbelanjalah RM 2.30 untuk sekilogram gula.
Itulah yang diperkatakan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Mohd Zain Mohd Dom.
Mupok Aku

Langkah ini adalah selari dengan strategi jangka panjang kerajaan untuk merasionalisasikan subsidi secara berperingkat-peringkat, kata Mohd Zain.Kepada rakyat Malaysia....PADAN MUKA KITA......Kita yang undi BN jadi bayar ajelah walaupun terpaksa berbelanja lebih.
Mupok Aku