Remaung6renjer

Nuffnang

Tuesday, August 4, 2009

Parti Keadilan Rakyat 5 Promises (5 Janji)

Untuk memantapkan perjuangannya, Parti Keadailan Rakyat (PKR) berjanji akan menunaikan 5 Janji seperti berikut :-
Harapan Baru Untuk Malaysia : 5 JANJI
Pertama ,kami berjanji akan mendirikan Malaysia sebagai NEGARA MADANI yang menjamin Keadilan Untuk Semua Rakyat, menjunjung prinsip-prinsip perlembagaan, mengukuhkan institusi kehakiman dan mengangkat darjat kemuliaan insan, kebebasan dan haknya. Kedua , kami akan melaksanakan AGENDA EKONOMI MALAYSIA, agar ekonomi Malaysia kembali setaraf dengan Singapura, Korea Selatan dan Taiwan. Ini adalah penting bagi menjamin Keadilan Sosial Untuk Semua agar tiada lagi bumiputera atau kaum yang terpinggir dan mundur Ketiga , adalah langkah penyusunan semula pasukan polis untuk menjadikannya badan PENCEGAHAN JENAYAH yang berkesan bersama agensi penguatkuasaan yang lain dan memastikannya bebas daripada pengaruh politik dan rasuah. Keempat, kami turut berjanji akan MENGURANGKAN BEBAN HIDUP rakyat dengan menurunkan harga minyak, tol serta pelbagai tarif lain disamping membekalkan barang keperluan yang mencukupi & memperjuangkan gaji minimum sebanyak RM 1,500.00. Kelima, kami berikrar akan mencipta HARAPAN BARU untuk masa depan Malaysia dengan menjamin pendidikan percuma dan memastikan mutu pembelajaran di sekolah, kolej dan Universiti di Malaysia adalah yang terbaik di rantau Asia Tenggara. Secara ringkasnya, 5 Janji ini merangkumi 5 perkara utama, iaitu menjanjikan sebuah negara madani yang adil dan saksama tidak mengira agama dan kaum, menjadikan negara ini aman dari cengkaman jenayah, mengurangkan beban hidup rakyat akibat inflasi yang tinggi serta menjadikan Institusi Pengajian Tinggi negara menjadi pusat pendidikan yang terbaik di rantau Asia Tenggara.
Jadi untuk rakyat Malaysia...sertailah perjuangan PKR.
Untuk mengatasi masalah kaum Iban-Dayak yang telah 45 tahun ditindas oleh Kerajaan Barisan Nasional, PKR mempunyai manifiesto khas untuk mengeluarkan kaum tersebut daripad kesan ditindas oleh Taib Mahmud. Nantikan seterusnya posting saya yang bertajuk "Polisi Harapan Baru Untuk Sarawak" yang diabstrak daripada kertas Kerja yang disampaikan oleh Sdra Augustine Liom pada Konvensyen Harapan Baru Sarawak bertempat di Crown Tower Kuching pada 28 Julai 2009.
Until then, Mupok aku
"Agi Idup Agi Ngelaban"
Blog Widget by LinkWithin

BlogTopsites

Politics Blogs - Blog Top Sites

Alexia Rank

Technorati

BlogSearch Engine

BlogRanking

Politics Blogs - Blog Rankings