Kuching
Friday, 22nd Jul 2011
Mupok Aku
Friday, 22nd Jul 2011
Sebagai rakyat Malaysia yang mengimpikan seorang pemimpin yang bersih dan bukan seorang yang dikaitkan dengan kes khalwat dengan penyanyi wanita di PD serta dikaitkan dengan kes meletupkan Alantuya, diharapkan pendedah ini akan menamatkan riwayat politik pemimpin kotor ini.
Peguam Perancis William Bourdon mendarat di Pulau Pinang hari ini. Beliau dijadual berucap pada majlis makan malam anjuran Suaram malam ini dengan tujuan mengutip derma. Pesawat yang membawa dari KLIA tiba pada jam 10.25 pagi dan beliau memasuki negeri ini tanpa sebarang halangan.
Pengarah Suaram Cynthia Gabriel, yang mengiringi Bourdon dalam lawatan itu berkata peguam itu juga tidak menghadapi sebarang masalah di Imigresen KLIA apabila mendarat lewat malam semalam.
“Segalanya okay. Beliau hanya keletihan dan memerlukan sedikit rehat,” katanya kepada Malaysiakini.
William Bourdon dijadual berucap mengenai 'Ops Scorpene' di Bayan Baru malam ini. Penceramah lain termasuk Cynthia, pemimpin vetera DAP Lim Kit Siang, naib presiden PKR Tian Chua dan timbalan presiden PAS Mohamad Sabu.
Peguam Perancis yang berkhidmat dengan pertubuhan tanpa keuntungan - Sherpa - dan mengkhusus dalam membela hak asasi manusia dan jenayah menentang kemanusiaan.
Bourdon dijangka mendedahkan butiran kontroversial mengenai pembelian kapalselam negara dengan firma gergasi pertahanan Perancis DCNS.
Syarikat itu didakwa membayar komisyen “yang amat tinggi” kepada pegawai kerajaan Malaysia yang terbabit dalam perjanjian yang dimeterai pada 2002 itu.
Bayaran komisyen kepada pegawai kerajaan dianggap satu jenayah mengikut undang-undang Perancis.
Mupok Aku