Remaung6renjer

Nuffnang

Sunday, April 7, 2013

PRU 13 Dan Salah Guna Kuasa Oleh BN

Sunday, 7th April 2013
Kuantan, Pahang

Pilihanraya Umum Ke 13 : Salah Guna Kuasa Oleh Barsisan Nasional (BN)
 
Akhirnya di dalam Keadaan Yang Tidak Pasti Najib Tun Razak Membubarkan Parlimen Malaysia Pada 3 April 2013. Mampukan Najib yang kecut serta yang banyak skandal ini mengekalkan jawatannya sebagai PM? PRU 13 menentuka Hidup dan Mati Najib di dalam politik.
 
Bekas Perdana Mentri Malaysia yang digelar Datuk Seri Anwar sebagai jaguh kampong kerana takut untuk berdebat dengan Ketua Parti Pembangkang  iaitu Najib Tun Razak telah membubarkan Parlimen Malaysia pada 3 April 2013 iaitu setelah genap 4 tahun beliau menjadi Perdana Mentri Malaysia menggantikan Pak Lah.
 
Semasa artikel ini ditulis Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) iaitu salah satu daripada Suruhanjaya di bawah Jabatan Perdana Menteri yang banyak membantu BN di dalam mencapai ajenda politik mereka baik dari segi persempadanan kawasan pilihanraya mahupun perlaksanaan pilihanraya di Malaysia masih lagi belum menentukan tarikh pilihanraya walaupun ramai telah meramalkan bahawa ianya akan diadakan pada 27 April 2013 untuk memberikan ruang berkempen yang lebih pendek untuk berkempen  . Bagi mereka yang telah lama memerhatikan  tindaklaku BN serta SPR ramai yang telah mengagak bahawa tarikh berkenaan akan menjadi kepastian. Seperti yang semua sedia maklum bahawa Najib telah mula berkempen semenjak beliau "menerajang" Pak Lah dari kedudukan beliau serentak dengan pelancaran Produk Rasuah 1Malaysia beliau. Beliau tidak akan memberikan peluang kepada Pakatan Rakyat (PR) iaitu gabungan 3 parti pelbagai kaum iaitu Parti Islam Semalaya (PAS), Democratic Action Party (DAP) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk berkempen lebih panjang.
Najib seperti yang semua sedia maklum telah berkempen deng Produk Rasuah 1Malaysia semenjak beliau merampas kuasa daripada Pak Lah sehinggalah sekarang. Produk Rasuah 1Malaysia beliau dilancarkan untuk menarik perhatian pengundi dan tidak ada satu produk pun baik untuk kemajuan negara. Sekali pandang kepada orang-orang kampong terutamanya penduduk pendalaman di Sabah dan Sarawak yang hanya didedahkan dengan  berita yang disiarkan melalui siaran TV milik BN seperti RTM (Stesen TV negara tetapi dibawah telunjuk Menteri BN) serta TV3, Najib menguntungkan mereka dengan janji Produk 1Malaysia tetapi yang mereka tidak sedar dengan corak pemerintahan BN yang korup perlaksanaan Produk Rasuah 1Malaysia akan mendatangkan akibat negatif kepada ekonomi Malaysia dan akhirnya akan menyusahkan hidup mereka. Tetapi melalui berita Propaganda RTM dan TV3 mereka hanya taksub untuk mendapatkan wang bantuan RM1200 seperti yang dijanjikan oleh Najib. Kita tidak menentang pengagihan wang kepada rakyat seperti yang dijanjikan oleh BN tetapi selagi negara ini diteraju oleh kerajaan korup BN pengagihan wang ini akan mendatangkan masalah. Cuba kita teliti balik Laporan Audit Negara sebagai contoh Laporan Ketua Audit Negara 2011 tentang pembinaan kuarters untuk anggota ATM yang berkahwin  pada asalnya dianggarkan menelan kos RM1.74 bilion namun meningkat 84 peratus kepada RM3.21 bilion.
 
Kos Scorpene Tinggi kerana Pemberian Wang Kepada Orang Tengah. Malaysia merupakan sebuah kerajaan yang menghalalkan rasuah di dalam pembelian peralatan kerajaan....
 
Begitu juga dengan pembelian Scorpene dimana Terasasi iaitu Syarikat ada kaitan dengan Razak Beginda iaitu rakan karib Najib, didakwa telah menerima sejumlah 36 juta euro (RM142 juta) daripada DCNS .
Walau bagaimanapun pemberian wang kepada rakyat, kenaikan gaji kakitangan kerajaan, penurunan harga kereta secara berperingkat (hingga bila?) hanya dapat dilaksanakan oleh kerajaan tidak korup yang mana buat masa sekarang PR dilihat mempunyai ciri-ciri sebuah kerajaan yang bersih menjadi pemerintah negara ini.
Selain daripada salah guna kuasa dia atas, Najib juga telah menyalahgunakan harta kerajaan di dalam kempennya. Contohnya pelancaran manifiesto BN (saya tidak akan menyentuh manifiesto PR yang telah diciplak) pada malam tadi iatu 6 April 2013 di Stadium Sukan Bukit Jalil telah disiarkan secara langsung melalui RTM. Tetapi apabila PR memohon slot untuk berkempen di dalam Sistem TV kerajaan (RTM 1 & RTM 2) hanya 10 minit yang diperuntukkan itupun melalui rakaman ( sudah pasti tertakluk kepada tapisan) tetapi Najib telah diperuntukan 3 jam untuk pelancaran manifiesto BN. Masa ini tidak termasuk kempen yang dibuat setiap jam ataupun minit me3lalui TV Kerajaan. Jadi Najib di manakah keadilan? 
Jadi saya ingin menyeru kepada semua rakyat Malaysia agar mengenepikan BN yang korup pada KALI INILAH.....pilihlah parti-parti daripada PR yang terbukti BERSIH daripada segala rasuah.

Akhir sekali sebagai penutup, kepada rakyat Malaysia sekiranya ingin diperintah sebuah kerajaan  yang bersih serta pemimpin yang tidak dikaitkan dengan kes khalwat serta kes pembunuhan, tolonglah elakkan daripada memangkah lambang dacing. Untuk masa depan yang lebih pasti sila pangkah calon-calon daripada PR!
 
Mupok Aku


Blog Widget by LinkWithin

BlogTopsites

Politics Blogs - Blog Top Sites

Alexia Rank

Technorati

BlogSearch Engine

BlogRanking

Politics Blogs - Blog Rankings