Kuantan
Gangnam Najib Style : Takkan Najib Lebih Penting Daripada Agong.. |
Takkan Najib lebih besar daripada Agong. Meminjam frasa yang sama yang digunakag oleh Najib seperti yang ditulis oleh BERNAMA iaitu ajensi berita yang pro-UMNO di dalam laporannya yang cuba mengapi-apikan perasaan benci rakyat Selangor terhadap kerajaan pimpinan Pakatan Rakyat (PR) dengan menggambarkan seolah-olah bahawa kerajaan PR tidak menghormati institusi DiRaja. Di dalam tulisannya, BERNAMA telah menggelarkan kerajaan Selangor sebagai lebih mengutamakan ketua pembangkang kalau dibandingkan dengan Sultan Selangor, ini kerana menurut Najib, kerajaan Selangor di bawah naungan Pakatan Rakyat (PR) telah tidak menjemput Sultan Selangor tetapi sebaliknya menjemput Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) ke majlis Di Ambang Merdeka peringkat Negeri Selangor pada 30 Ogos 2012.
Pemimpin Yang Bakal Menduduki Kerusi Najib Sebagai PM : Najib Takut Akan DSAI |
Apa Kata Tan Sri Khalid
Bertindak ke atas tuduhan Najib, Tan Sri Khalid telah memberikan penjelasan dan mengatakan bahawa Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor telah mematuhi segala amalan dan prosedur dalam menganjurkan majlis tersebut. Menurut Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pejabat SUK mempunyai pengalaman luas dalam mengadakan program seumpama itu pada tahun-tahun sebelum ini dan beliau “tidak berasa sangsi dengan keupayaan pejabat SUK menganjurkan sambutan itu dengan betul dan tertib”.
Sambutan ini bukanlah daripada penglibatan parti politik semata-mata tetapi ia dilaksanakan pegawai kerajaan menerusi pejabat SUK untuk beberapa tahun sebelum ini termasuk pentadbiran terdahulu,
kata Menteri Besar kepada pemberita selepas melancarkan sebuah pameran kartun di Galeri Shah Alam di sini.
MB Selangor Yang Telah Berjaya Menahan Sebotaj UMNO |
Beliau menyangkal dakwaan Najib bahawa kerajaan Selangor pimpinan PKR membelakangkan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah apabila tidak menjemput baginda ke majlis sambutan itu. Mengulas lanjut, Abdul Khalid berkata satu jawatankuasa khas dianggotai wakil pejabat SUK dan Menteri Besar ditubuhkan setiap kali menjelang sambutan ambang kemerdekaan.
Untuk menyokong hujahnya, Tan Sri Khalid berkata pihaknya mengadakan perjumpaan dengan Sultan Selangor setiap hari Rabu sebelum mesyuarat exco untuk memaklumkan mengenai segala program yang diadakan di negeri itu termasuk sambutan ambang kemerdekaan.
Bukti Bahawa Kerajaan Selangor Tidak Membelakangkan Sultan
Menurut satu sumber yang enggan dikenalpasti, adalah menjadi amalan biasa pejabat SUK untuk menjemput Sultan Selangor hanya untuk berangkat ke Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Doa Selamat sempena sambutan Hari Kemerdekaan, dan bukannya untuk sambutan malam ambang kemerdekaan.
Apakah Motif PM Najib Membuat Kenyataan Yang Berunsur Fitnah Tersebut?
PM Najib Serta UMNO Tidak Layak Untuk Bercakap Pasal Kesetiaan Kepada Raja. Lihat Apa yang telah mereka Lakukan.. |
Daripada kenyataan Tan Sri Khalid berkenaan adalah jelas bahawa beliau cuba mensebotaj kerajaan negeri Selangor. Ini bukanlah kes terpencil yang dilakukan oleh Kerajaan BN pimpinan Najib cuba untuk mensebotaj kerajaan negeri. Terdahulu niat murni kerajaan negeri untuk memberikan air percuma kepada rakyatnya telah turut disebotaj oleh BN iaitu melalui Syarikat Pembekalan Air Selangor dengan cara mencatu bekalan air kepada penduduk Selangor, walaupun terbukti bahawa pusat takungan air sedia ada mampu untuk membekalkan air kepada penduduk Selangor. Dalam hal ini saya ingin bertanya kepada NGO yang pro UMNO seperti PERKASA kenapa laporan polis tidak dibuat?
Kepada kerajaan BN serta Najib sendiri, jangan cuba mempermainkan isu kesetiaan kerajaan PR kepada Raja-raja Melayu ini kerana kerajaan PR tidak pernah menderhaka kepada raja-raja Melayu yang adil. Tetapi sebaliknya kerajaan BN sendiri telah terbukti bahawa merekalah yang pernah dan sentiasa memperlekehkan Raja-raja. Ingat lagi apa yang (Tun) Mahathir telah buat terhadap kekebalan Raja-raja serta apa yang penyokong BN telah buat apabila Sultan Terengganu tidak memperkenankan Idris Jusoh sebagai Menteri Besar Terengganu?
Rakyat Nampak, Dengar Serta Tahu Tentang Keadaan Sebenar
Grup Tarian Gangnam Buntut : Tak Ada Ciri-Ciri Bekas Tentera Langsung Tapi Nak Mengaku sebagai Bekas Tentera. Di Dalam Tentera Tak Pernah Di Ajarpun Tarian Gangnam Buntut Ni : Grup NGO Pro-UMNO |
Kesetiaan UMNO Kepada Raja |
Setianya UMNO Kepada Raja : Tak Ada Pula Grup Gangnam Tarian Buntut Buat Persembahan Di Hadapan Rumah Pemimpin UMNO! |
Najib tidak boleh mendabik dada bahawa kerajaan pusat tidak pernah membelakangkan DYMM Agong di dalam aktiviti-aktiviti tajaannya. Sebagai contohnya (tidak semua) twitter 1 juta untuk PM, kenapa tidak twitter untuk DYMM Agong? Itu hanyalah satu program sahaja, sebenarnya ada berlambak lagi program yang dianjurkan oleh BN yang lebih mengutamakan PM dibandingkan dengan keutamaan kepada DYMM Agong.
Saya juga ingin menyentuh serba sedikit tentang perayaan Hari Kebangsaan pada tahun ini ( 55 Tahun Hari Kemerdekaan Malaya) yang merupakan aktiviti anjuran kerajaan BN yang terbaru sekali serta tidak mengutamakan tema yang lebih nasionalis serta menunjukkan kesetiaan kepada Raja dan Negara. Kita tidak perlu tanya lepasan universiti untuk mengetahui bahawa tema hari Kebangsaan yang ke-55 yang berbunyi "Janji Ditepati" adalah satu tema yang berbau politik atau tidak. Pelajar tahun 5 pun dapat mengetahui bahawa tema tersebut adalah berbau politik. Oleh itu jangan salahkan rakyat sekiranya sambutan kemerdekaan pada tahun ini tidak semeriah tahun-tahun yang lepas yang mempunyai tema yang lebih nasionalis serta dapat diterima oleh semua rakyat tidak mengira kepercayaan politik.
Saya juga hairan kenapa PERKASA tidak membuat laporan polis atau membuat tarian Gangnam Buntut di hadapan kediaman PM?
Tapi Najib, Rakyat Tidak BODOH
Kepada PM Najib serta pemimpin-pemimpin BN yang lain, saya ingin mengingatkan agar melihat sekeliling serta lihat diri sendiri di dalam cermin sebelum mengeluarkan kenyataan untuk mengelakkan daripada terkena diri sendiri. Satu perkara yang perlu diteliti adalah "Rakyat bukan BODOH"
Mupok Aku
Memanglah Najib ni dia ingat rakyat boleh diperbodohkan. Walaupun semua akhbar yang besar milik BN dan mereka boleh sebarkan pembohongan mereka, tetapi mereka tidak tahu bahawa rakyat sekarang bijak untuk menilai mana yang benar dan mana yang penipu....Najib dan BN penipu
Aku setuju dengan kamu bahawa sambutan hari kebangsaan tahun ini telah dijadikan medan kempen oleh BN.
Tuahan itu maha besar , maha mengetahui...Najib akan kalah.
BN akan kalah dalam pilihanraya kali ini...
Saya berharap rakyat Malaysia akan mengenepikan BN pada kali ini agar bapa segala rasuah dan bapa segala jenayah akan dibongkar serta dibawa ke muka pengadilan :-
1) Taib serta Musa Aman sebagai bapa rasuah
2) Najib pembunuh Alantuya dikenakan hukuman mati
Ingatlah kalau mahu penjenayah di atas diadili sila undi PR