Remaung6renjer

Nuffnang

Showing posts with label PRK Sungai Limau. Show all posts
Showing posts with label PRK Sungai Limau. Show all posts

Tuesday, October 29, 2013

Muhyiddin Celupar Terpaksa Minta Maaf daripada Keluarga Allahyarham Azizan



Malaysia Barat 
Tuesday, 29 Oct 2013

Muhyiddin Dimalukan di Seluruh Malaysia. Kerana Tidak Peka Dipaksa Meminta Maaf daripada keluarga Allahyarham Azizan



Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau meminta maaf sekiranya beliau menghina keluarga bekas menteri besar Tan Sri Azizan Abdul Razak dalam ucapannya di Sungai Limau pada hari Sabtu lalu.

Katanya, beliau telah meneliti rakaman ucapannya dan berpendapat bahawa ucapan itu tidak bersifat menghina kerana beliau hanya membincangkan mengenai Bajet 2014 yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.



Katanya, beliau berharap agar keluarga Azizan, yang berpengaruh besar di kawasan DUN Sungai Limau, akan memaafkannya dan melupakan kejadian tersebut.

"Bukan tujuan saya untuk orang kata mencemarkan nama baik Allahyarham atau merendah-rendahkanny atau memperkecilkannya.

azlan


"Tapi apapun saya sebutkan sebagai manusia, kalau kenyataan itu disalah atfsirkan atau menyinggung perasaan keluarga, saya minta maaf kalau silap salah tapi tujuannya tak begitu," katanya.

Muhyiddin ketika ditemui pemberita di Bukit Choras, Sungai Limau juga berharap agar insiden berkenaan tidak akan terus digunakan sebagai bahan kempen untuk pilihan raya kecil tersebut.


Beliau turut meminta agar kenyataannya yang dirakam dalam video tersebut disemak semula.
"Pegawai saya pun mengesahkan nada saya pun bukan macam orang kata itu," katanya.

Beliau mendakwa, perkara sebaliknya berlaku apabila kenyataannya dilaporkan dalam satu portal berita.
Perkara itu menyebabkan naib presiden PAS Datuk Mahfuz Omar menuntut beliau agar meminta maaf.
Keluarga Allahyarham juga semalam menuntut beliau meminta maaf atas kenyataannya pada hari Sabtu lalu.

Anak kelima Azizan, Mohd Rafi'ie Azizan, 32 tahun pada sidang media di pusat operasi PAS semalam berkata anggota keluarga mereka begitu terguris hati dengan kenyataan Muhyiddin itu.


"Air mata kami sekeluarga belum kering mengenangkan Allahyarham ayahanda dan kerinduan kami kepada ayahanda masih menyelubungi setiap detik yang kami lalui," Rafi'ie.

Muhyiddin pada hari Sabtu lalu  mempertahankanpengurangan subsidi gula sebanyak 34 sen yang diumumkan kerajaan dalam pembentangan Bajet 2014.
NONE
Menurutnya, ia dilakukan untuk manfaat orang ramai dan hadirin yang hadir perlu mengambil iktibar daripada penyakit kencing manis yang dideritai Azizan.
 
Azizan terpaksa menjalani pembedahan memotong kedua-dua belah kakinya akibat komplikasi penyakit kencing manis. 

Pilihan raya kecil tersebut diadakan susulan kekosongan kerusi selepas Azizan yang juga penyandang kerusi DUN Sungai Limau meninggal dunia pada 26 September lalu.

Komen Bukittunggal:- Tanda awal kekalahan BN di Sungai Limau.



Mupok Aku

 

Pilihanraya Kecil Sungai Limau : UMNO Beli Undi Cina




Malaysia Barat
Tuesday, 29 Oct 2013

 Cina Sungai Limau Boleh Dijual-Beli? Sama-sama kita nantikan keputusan pilihanraya kecil itu nanti!






Kenyataan Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Mahathir sebelum ini yang dilihat tidak mengutamakan penduduk Cina kerana sokongan mereka kepada Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum lalu, mungkin menjadi bahan bualan di kalangan pengamal media.

Namun, di peringkat akar umbi, penduduk Cina Sungai Limau nampaknya lebih fokus kepada sejauh mana kerajaan negeri boleh membantu mereka menjalankan perniagaan padi dengan lebih baik.


NONE

Pedagang padi, Ho Siang Huat (kanan), 53, misalnya mahu harga jualan padi kepada Beras Nasional (BERNAS) dinaikkan kepada RM147 per 100 kilogram seperti di Thailand, berbanding harga sekarang RM102 sahaja untuk jumlah sama.

"Kami akan undi sesiapa sahaja yang boleh bantu naikkan harga padi seperti di Thailand," katanya sewaktu ditemui di Dulang Besar semalam.

"Kami sekarang menunggu jika Mukhriz ada sebarang pengumuman besar buat kami."

Ditanya siapa yang akan diundi penduduk Cina Sungai Limau, Ho berkata mereka akan mengikut arahan penghulu komuniti mereka yang dijangka akan mengadakan mesyuarat 'rahsia' untuk menentukan pilihan mereka.

"Cina di Sungai Limau ini bersatu. Apabila diarah untuk undi parti tertentu, kami undi. Itu caranya di sini," katanya sambil menambah arahan tersebut paling awal akan diketahui pada 2 November ini.

Tan: 3 anak saya tak laku 


NONE

Naib Presiden MCA, Datuk Chor Chee Heung (kanan) sebelum ini berkata terdapat 1,827 pengundi Cina di kawasan majoriti Melayu di Sungai Limau.

Namun katanya, hanya 10 peratus atau kira-kira 180 orang mengundi BN dalam pilihan raya umum lalu walaupun jumlah anggota MCA di Sungai Limau adalah 965 orang.

Dengan anggapan tidak ramai pengundi Melayu menukar sokongan mereka selepas pilihan raya yang lalu, pengundi Cina kini mempunyai peranan penting untuk menentukan siapa yang bakal menang di Sungai Limau.

PAS sebelum ini mempertahankan kerusi Sungai Limau dengan majoriti sebanyak kira-kira 2,774 undi sahaja.



Buat pesawah padi, Tan Siew Boon (bawah), 90, hidup beliau tidak banyak berubah sama ada bawah pentadbiran BN atau PAS.


NONE
Menurut ibu kepada 8 orang anak itu, beliau pernah memohon bantuan kerajaan negeri kira-kira setahun lalu untuk memperbaiki rumahnya.

Namun, menurutnya, bantuan yang dipohon daripada kerajaan negeri PAS itu tidak kunjung tiba.

"Hidup kami sudah begini sejak beberapa generasi dan rasanya tak ada apa-apa akan berubah," katanya yang telah mendiami rumahnya di tengah-tengah sawah sejauh kira-kira dua kilometer dari jalan utama, selama tiga generasi.

Beliau bersama anaknya mengusahakan 7 ekar tanah yang disewa pada harga RM600 untuk satu musim.

Menurut Tan, kehidupan mereka hanya ala kadar namun tidaklah begitu selesa sehinggakan tiga anak lelakinya "tidak laku" kerana gadis-gadis sekarang mahukan lelaki yang ada rumah dengan tanah di pekan.

Menurut Tan lagi, beliau juga akan menunggu arahan penghulu untuk mengundi parti yang mana satu dalam pilihan raya umum pada 4 November ini.

'Azizan di atas nampak'

Berbeza dengan Tan, seorang peniaga perabot dan barangan elektrik yang hanya mahu dikenali sebagai Mr Ang tanpa berselindung memberitahu beliau akan mengundi PAS.

Menurutnya, bekas wakil rakyat sebelum ini, Tan Sri Azizan Abdul Razak seorang personaliti luar biasa yang ringkas dan mudah didekati.



Ditanya lebih lanjut sebab beliau akan terus mengundi PAS, Ang (kanan) berkata: 

NONE

"Azizan di atas sana akan nampak kalau kita tak mengundi dia."

Ia mengundang ketawa besar daripada tujuh rakan-rakannya yang turut sama hadir sewaktu temubual dijalankan.

Hari membuang undi bagi jatuh pada 4 November dan pilihan raya kecil ini yang diadakan selepas Azizan meninggal dunia pada 26 September lalu menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara PAS dan BN.




(Dipetik dari Malaysiakini)

Mupok Aku


 
Blog Widget by LinkWithin

BlogTopsites

Politics Blogs - Blog Top Sites

Alexia Rank

Technorati

BlogSearch Engine

BlogRanking

Politics Blogs - Blog Rankings