Remaung6renjer

Nuffnang

Showing posts with label PI Bala Revealetion. Show all posts
Showing posts with label PI Bala Revealetion. Show all posts

Monday, November 30, 2009

Sampai Bilakah PM Najib Mengelak daripad Berpijak Di Bumi Nyata

Najib seharusnya membersihkan dirinya daripada tuduhan yang mengaitkannya dengan pembunuhan jelitawan dari Mongolia. Perkara ini dapat dilakukan dengan cara membenarkan pihak Polis membuka kertas siasatan terhadapnya.
Tetapi penyiasatan ini tidak akan berkesan selagi Najib masih menjadi Perdana Menteri ini kerana pihak Polis adalah dibawah telunjuk Perdana Menteri.
Najib telah berkali-kali menafikan pengelibatan beliau di dalam pembunuhan Alantuya dengan menafikan bahawa beliau tidak mengenali Alantuya. Penafian beliau memang lumrah, mana ada sesiapa di dalam dunia ini yang mahu mengaku melakukan kesalahan secara sukarela?
Najib tidak akan aman duduk di kerusi Perdana Menteri selagi-lagi beliau tidak membersihkan namanya secara yang sah. Secara yang sah bermaksud menggantung dirinya daripada jawatan Perdana Menteri sehingga siasatan yang dilakukan oleh pihak PDRM selesai.
Pengelibatan beliau di dalam pembunuhan Alantuya semakin ketara dengan tindakan bapa Alantuya, Dr Sharibuu Setye membatalkan rayuan ke atas keputusan Mahkamah Tinggi membebaskan Razak Baginda (sahabat baik Najib) daripada tuduhan bersubahat dengan dua anggota Pengawal Keselamatan yang ada kaitan dengan Najib membunuh Alantuya dan pembatalan hasrat beliau untuk menggunakan mahkamah antarabangsa untuk menyiasat kes pembunuhan anaknya. PM Najib adalah seorang anggota politik yang sangat bijak dengan menggunakan wang untuk mencapai matlamatnya. Perkara ini dapat dibuktikan dengan apa yang telah berlaku di Port Dickson apabila beliau telah dicekup oleh Pegawai Pencegah maksiat apabila didapati berdua-duaan dengan seorang penyanyi popular yang bersuara meneran, tetapi tidak didakwa.
Dan yang terbaru melibatkan beliau dengan kuasa wang adalah peristiwa rampasan kuasa di Perak. Tetapi bukti yang lebih kuat yang melibatkan beliau di dalam pembunuhan adalah berkenaan pendedahan PI Bala melalui Satutory Declarations (SD) bertarikh 1 Jul 2008.
Dan bukti terkini yang melibatkan PM Najib adalah dengan penelibatan adiknya Nazim di dalam usaha untuk menghantar PI Bala keluar dari malaysia sehingga Najib dilantik menjadi PM. Perkara ini di dedahkan oleh PI Bala seperti laporan berikut :
Mereka yang berfikiran waras akan membuat kesimpulan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dilihat berkaitan dengan kehilangan P Balasubramaniam, kata peguam penyiasat persendirian itu Americk Singh Sidhu.

Menurutnya, fakta-fakta kelihatannya menunjukkan kepada kemungkinan mereka tidak mahu penyiasat itu lagi dan menyerahkan tugas itu kepada orang lain yang rapat dengan mereka, untuk dilaksanakan.
Dalam wawancara dengan Malaysiakini, Americk memandang berat pembabitan adik perdana menteri, Datuk Mohamed Nazim.
Menurutnya, persoalan yang timbul ialah mengapa Nazim berminat dengan kehilangan Balasubramaniam "jika dia tidak mendapat perlindungan daripada abangnya?"
Balasubramaniam baru-baru ini mendedahkan bahawa dia pernah berjumpa dengan Nazim, seorang arkitek, pada malam sebelum dia menarik balik akuan bersumpah pertamanya yang mendakwa Najib ada hubungan rapat dengan Altantuya Shaariibuu, wanita Mongolia yang mati dibunuh.
Balasubramaniam turut mendakwa bahawa dia ditawarkan RM5 juta oleh seorang yang dikenali sebagai Deepak, seorang ahli perniagaan yang didakwa rapat dengan isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor supaya menarik balik akuan bersumpah pertamanya.
Najib telah berulang kali menafikan spekulasi bahawa beliau di belakang tindakan Balasubramaniam menarik balik akuan bersumpah pertamanya itu.
Bercakap kepada Malaysiakini, Americk menceritakan bagaimana beliau diperkenalkan kepada Balasumbramaniam; tindakan bekas anggota polis Cawangan Khas menarik balik akuan bersumpah pertamanya Julai tahun lalu dan pertemuan seterusnya beliau dengannya selepas muncul semula daripada persembunyian setahun kemudiannya.
Americk turut mendedahkan bahawa rakaman video wawancaranya dengan Balasubramaniam tiga bulan lalu, dibuat secara rahsia sebagai "satu jaminan sekiranya dia ditahan oleh pihak-pihak yang terbabit dalam pemergiannya dari negara ini setahun yang lalu."
"Dia tidak tahu yang dia sedang dirakamkan pada masa itu, tetapi kita kemudiannya memaklumkan perkara itu kepadanya dan dia faham mengapa kita berbuat demikian," katanya.
Menurut Americk lagi, Balasubramaniam mungkin melakukan kesalahan di bawah Akta Akuan Bersumpah 1960 kerana memberi akuan bersumpah yang bercanggah, tetapi dia boleh mempertahankan dirinya kerana dia nampaknya telah dipaksa, diugut dan/atau dipaksa menandatangani akuan bersumpah kedua".
Tetapi, katanya, mereka yang didakwa menghasut akuan bersumpah kedua yang palsu dibuat - Deepak, ASP Suresh dan peguam M Arunampalam - juga berdepan dengan tuduhan jenayah kerana bersubahat dan berkonspirasi.
Mengenai Nazim pula, Americk mendakwa, dia terbabit dalam melakukan ugutan jenayah terhadap Balasubramaniam di samping kemungkinan didakwa bersubahat/konspirasi berhubung pembuatan akuan bersumpah kedua yang palsu.

Terima Kasih

Thursday, November 26, 2009

PI Bala Interview Part 2 Of 3 - His Movement From KL to Bangkok

PIBala Interview Part 2 of 3


You May see Part 1 of 3 Here
Mupok aku

"Agi Idup Agi Ngelaban"

Friday, November 13, 2009

Alantuya Murder-PI Bala drops Bombshell 3: Update 1

VVIPs likely to be named


FINALLY, private investigator P.Balasubramaniam has come out of hiding after 15 months to give a no holds barred interview on what happened to him.
In the presence of three prominent lawyers on Oct 27, he reaffirmed that his first statutory declaration released on July 3 last year was true and that he was offered to RM5million to retract it.
He named carpet businessman Deepak—who is said to be an associate of Rosmah Mansor, the wife of Prime Minister Najib Razak—as the person who met him at a Rawang restaurant and made the cash offer.
Excepts of the video interview has been posted on YouTube




In the interview, Bala said Deepak made more than a cash offer.

“He asked me to go to Putrajaya but he never mentioned who he wanted me to go and meet… then after that he offered me RM5million to retract the SD,” Bala said.
The meeting allegedly took place at a restaurant in Rawang, on the same day Bala’s statutory declaration became public alleging links between Najib, his aide Razak Baginda and murdered Mongolian model Altantuya Shaaribu.
Today, the first part of Bala’s interview appeared on YouTube and Raja Petra’s Malaysia-today.net .This is to be followed by a series of other portions of his Bombshell 3 expose.
Bala is likely to name people who played a role in the retraction of his first statutory declaration, which was replaced by a second one read out at a press conference the next day, on July 4 last year.
It is learnt that some of the personalities to be named are those close to the Prime Minister and his wife as well as senior police officers.
The 50-year- old former Special Branch officer is also expected to give a full account of his family’s ordeal while hiding away from Malaysia.It is learnt that he and his family first went to Singapore , then flew to Bangkok before arriving in New Dehli via Kathmandu.
Who are the people and why they went to such lengths to buy Bala’s silence is likely to become clearer as his expose in the interview unfolds.

Mupok Aku

"Agi Idup Agi Ngelaban"
Blog Widget by LinkWithin

BlogTopsites

Politics Blogs - Blog Top Sites

Alexia Rank

Technorati

BlogSearch Engine

BlogRanking

Politics Blogs - Blog Rankings