Remaung6renjer

Nuffnang

Showing posts with label Kebajikan Bekas Tentera. Show all posts
Showing posts with label Kebajikan Bekas Tentera. Show all posts

Tuesday, October 1, 2013

Mengapa Perlu Ada Persatuan Veteran Tentera Negeri Sarawak (PVTMS) Apabila Kita Sudah Ada Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM)

Kuantan
Selasa, 1 Okt 2013

Saya ingin menyeru kepada semua anggota bekas tentera daripada Tentera Darat dan Udara agar tidak menyertai PVTMS yang ditubuhkan untuk kepentingan angota-anggota bekas Tentera Laut Malaysia semata-mata.

Setelah terbaca ruangan tahniah di dalam Borneo Post rasa terpanggil untuk menulis serta memberi ingatan kepada semua rakan-rakan bekas tentera baik pegawai ataupun daripada lain-lain pangkat.


 
Bukittnggal.Com. Kepada bekas pegawai dan anggota ATM kenapa harus menyertai PVTMS yang ditubuhkan oleh bekasa anggota TLDM sebab kita sudah ada PBTM.
 

Di kebelakangan ini saya dapati ada satu persatuan bekas Tentera Laut yang berpengkalan di Sibu yang cuba mengembangkan persatuan ke lain-lain bahagian seperti ke Kuching, Samarahan dan yang terbaharu ke Bahagian Limbang. Persatuan yang menamakan diri mereka sebagai Persatuan Veteran Tentera Malaysian Sarawak (PVTMS) sebenarnya adalah persatuan yang mewakili bekas anggota Tentera Laut Malaysia tetapi oleh kerana kekurangan anggota (pada pendapat saya) telah menggunakan nama veteran tentera, demi untuk mendapat jumlah keahlian yang ramai dengan yang demikian boleh mendapat geran kerajaan yang lebih banyak.

Bekas tentera di Sarawak seharusnya tidak terpengaruh dengan pujukan PVTMS untuk  menyertai persatuan berkenaan kerana kita sudah ada PBTM yang telah diiktiraf oleh kerajaan. Sekiranya bekas anggota TLDM mahu menubuhkan PVTMS lantaklah mereka. Tetapi kepada bekas-bekas tentera terutamanya bekas anggota TD seharusnya bijak menilai serta befikir kenapa harus meninggalkan PBTM yang mewakili dan diwakili oleh bekas TD untuk menyertai PVTMS yang mewakili serta diwakili oleh bekas anggota TLDM.

Untuk mendapat gambaran yang lebih jelas lagi, di sini saya ingin berkongsi keratan Ucapan Tahniah PVTMS sempena HAT. Daripada senarai ahli-ahli serta barisan kepimpinan PVTMS kita akan dapati bahawa majoriti daripada mereka adalah terdiri daripada bekas pegawai serta anggota-anggota TLDM. Jadi kepada anggota serta pegawai-pegawai bekas tentera terutamanya daripada Tentera Darat tepuk dada tanya selera.

Daripada sumber risikan Bukittunggal.com, sebelum penubuhan PVTMS, anggota serta bekas pegawai TLDM di Sibu telah menubuhkan Persatuan Bekas Tentera Laut DiRaja Malaysia (PBTL) tetapi kenapa akhirnya mereka menubuhkan PVTMS. Jawabannya ringkas untuk menambahkan bilangan ahli persatuan. Di Sibu atau di Sarawak ada berapa orangkah bekas anggota TLDM kalau dibandingkan dengan bekas anggota Tentera Darat. Jadi dengan penambahan bilangan anggota baka lebih banyaklah peruntukan geran yang boleh diperolehi oleh mereka. Tetapi oleh kerana persatuan ini pada dasarnya adalah untuk kebajikan bekas anggota TLDM, jadi tidak hairanlah kebanyakan bantuanpun akan disalurkan kepada bekas anggota TLDM.

Jadi oleh yang demikian demi perpaduan di kalangan bekas pegawai dan anggota Tentera Darat, saya ingin berpesan agar tuan-tuan tidak meninggalkan PBTM yang memperjuangkan kebajikan kita semua dan menyertai PVTMS yang cenderung   hanya memperjuangkan kebajikan anggota daripada satu cabang ATM sahaja iaitu bekas anggota TLDM.  

Kepada anggota PVTMS terutamanya yang terdiri daripada kaum Iban, cuba kaji keanggotaan Pemegang Jawatan di dalam PVTMS, di manakah kedudukan kelian? Tepuk dada tanya selera!

Mupok Aku

"Agi Idup Agi Ngelaban"



Sunday, June 5, 2011

Akta Veteran Di antara Kenyataan dan Gimik Politik

Kuching
Sunday, 5th June 2011

Akta Veteran yang bertujuan untuk membantu bekas tentera yang berkhidmat sepuluh tahun ke atas telah mula dibincangkan mulai tahun 2009 tetapi sehingga kini masih tidak menjadi kenyataan.
Yang menjadi tanda-tanya kepada semua bekas tentera yang tidak berpencen, adakah akta berkenaan benar-benar mahu diujudkan  atau hanya tujuan politik untuk menarik undi bekas tentera yang tidak berpencen yang mencapai jumlah hingga 200 000 orang di seluruh negara? Jika itulah kenyataannya, maka  semua bekas tentera yang tidak berpencen seharusnya bertindak untuk memberikan pengajaran kepada pemimpin-pemimpin politik yang berani membohongi 200 ribu orang bekas tentera ini. Saya telah menulis rencana berkenaan dengan motif kerajaan di Bukittunggal.com di SINI.


Betul ke ini atau ia merupakan salah satu janji politik?

Semasa balik ke kampong semasa perayaan Gawai Dayak baru-baru ini, saya telah berkesempatan untuk bercakap dengan beberapa orang bekas tentera yang tidak berpencen. Di dalam perbualan dengan mereka ini, kebanyakan daripada mereka ini telah bertanya berhubung dengan kedudukan Akta Veteran yang telah diwar-warkan semenjak tahun 2009. Daripada lawatan saya ke rumah-rumah mereka saya merasa tersangat sedih dengan keadaifan hidup mereka.
"Kita berhenti daripada perkhidmatan tentera bukanlah disebabkan kerana kita sudah tidak mahu berjuang atau bekorban untuk negara tetapi disebabkan kita mahu menceburi bidang awam. Lagipun perkhidmatan tentera membenarkan kita berhenti sebelum berpencen" kata salah seorang pesara tentera dari Kampong Abok kepada Bukittunggal.com.
Salah seorang daripada mereka menambah, "Pekerja Telekom Malaysia serta Tenaga Nasional Malaysia yang diswastakan telah diberikan pencen walaupun berkhidmat di dalam perkhidmatan kerajaan kurang daripada tiga tahun, kenapa pendekatan yang sama tidak diberikan kepada bekas tentera?".

Dari segi politik, kebanyakan daripada bekas tentera ini lebih cenderung kepada parti pembangkang ini disebabkan rasa kecewa kerana tidak mendapat pembelaan daripada pihak kerajaan.
"Saya menyertai PBTM sebagai ahli seumur hidup tetapi walaupun saya hidup dalam kesusahan tetapi saya tidak pernah mendapat bantuan daripada Jabatan Veteran. Saya melihat Pengarah JHEV Sarawak lebih mengutamakan bantuan kepada kaum Bidayuh. Cuba siasat dan tengok statistik!" kata salah seorang bekas tentera daripada Kampong Empaling yang menunjukkan rasa tidak puas hati beliau terhadap ketidaktelusan bantuan yang diberi oleh JHEV sarawak kepada bekas-bekas tentera di Sarawak.

Sebagai bekas tentera yang tidak pernah mendapat pembelaan daripada JHEV saya mengharapkan agar Akta Veteran diluluskan. Dan sementara menunggu kelulusan Akta Veteran, diharapkan pimpinan JHEV Sarawak diterajui oleh mereka yang berkelulusan serta tahu mencipta peluang untuk bekas tentera terutamanya mereka yang tidak berpencen.

Bukittunggal merasa kecewa kerana tiap kali bertanya kepada JHEV Sarawak berkenaan peluang perniagaan serta kursus perniagaan  tiap kali telah mendapat jawapan negatif. Saya merasa kecewa dengan ketidak-upayaan JHEV Sarawak di dalam memberikan bantuan kepada bekas tentera yang memerlukan bantuan.
Kepada bekas tentera yang membaca tulisan saya ini, sekiranya anda ingin berhubung dengan saya boleh email melalui alamat e-mail berikut : remaung6renjer@gmail.Com.

Akhir kata, kita berharap kerajaan meluluskan Akta Veteran dengan kadar segera supaya 200 ribu orang bekas tentera yang tidak berpencen mendapat pembelaan.

Mupok Aku


Friday, August 27, 2010

Government "Go Slow" In Tabling The Akta Veteran causes 366195 Ex-Armed Forces Personnel Not Entitled for the RM500 Special Payment

Kuching
Friday, 27th August 2010



Due to Barisan Nasional "Go Slow" in tabling the Akta Veteran, more than 360000 non-pensioners ex-armed forces personnel will not be eligible for the RM500 Raya Special payment.

Yesterday PM Najib announced that the government will pay  the 1.24 million civil servants and 590,000 government pensioners a Hari raya special payment of RM 500 each. The amount eventhough not that big but it will have a great meaning especially to the muslims who will be celebrating the Hari Raya which is expected to falls on 11 September 2010.
But for the non-pensioner of the ex-armed forces personnel  of more than 360000 in number, they will not be paid with the special gift as the Akta Veteran (Ex-Armed Forces Act) has not been approved by the parliament.

The Motive Why the Tabling Of Akta Veteran Announced   During 
the Bagan Pinang By-Election ?


The tabling of Akta Veteran was first announced by the government during the Bagan Pinang By-Election on 11 Oct 2010 where the BN candidate Tan Sri Isa Samad defeated  Zulkefly Mohamad Omar from pakatan Rakyat-PAS. Based on the announcement, the act was supposed to be table by end of last year or the latest by early of this year will not only benefit the members of ex-armed forces who had completed their 21 years services but also those who served less than 21 years who are currently non-pensioners.
But due to government slow action, the act had not been tabled thus more than 360000 ex-armed forces will not be paid with the RM500 special hari raya gift.

Government Must Expedite the Tabling of Akta Veteran

Most of the ex-armed  forces especially from the other rank are living under the poverty line, and most of them work as a security guard. The government must not slowing down the tabling of the act so that the livelihood of the ex-servicemen are well taking care off  by the government. To expedite the tabling of the act, the government must consider the sacrifices   made by these ex-servicemen while they were still in service.

On behalf of all the non-pension ex-armed forces, I am urging the government to expedite the tabling and therefore implementing the Akta Veteran for the benefits of the 360000 ex-armed forces members nationwide irrespective of their political beliefs.

Mupok Aku
 
AGI IDUP AGI NGELABAN

Wednesday, September 16, 2009

ADAKAH WAJAR DITUBUHKAN TABUNG BELAAN ARTIS SEBAB KERAJAAN SUDAH ADA JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT

Utusan Malaysia, Rabu 16th September 2009.
Masa muda bersuka ria tidak mengingat hari tua tetapi apabila sudah tua memohon bantuan kerajaan....Simpanlah untuk hari tua supaya tidak membazir wang pembayar cukai apabila sudah tua! Layakkah mereka menerima bantuan kerajaan?
Saya telah memboikot Utusan Malaysia, iaitu suratkhabar yang pada tanggapan saya berbau perkauman sejak lebih kurang 3 tahun yang lepas. Hari ini semasa sedang membelek suratkhabar Borneo Post, pandangan saya tertumpu pada seorang lelaki yang berumur lebih kurang 50 tahun membaca Utusan Malaysia yang bertajuk Tabung Belaan Artis Akan Diujudkan. Memandangkan berita tersebut agak menarik, maka pada hari ini saya telah membatalkan sementara "Boikot Utusan" saya. Sesampai di rumah saya terus membaca muka surat 16, halaman Dalam Negeri. Setelah habis membacanya, jauh di sudut hati saya berkata alangkah beruntungnya menjadi artis. Semasa muda bersuka-ria serta berhibur di sana-sini, tidak perlu membayar cukai pendapatan, tetapi apabila sudah berumur, wajah sudah tidak tampan lagi, masih boleh hidup dengan bantuan yang diberikan oleh pihak kerajaan. Datuk Rais Yatim iaitu Menteri Penerangan, Kemunikasi dan Kebudayaan mengumumkan pada majlis berbuka puasa bersama warga filem dan karyawan di FINAS Kuala Lumpur, bahawa satu dana/tabung Pembelaan Artis akan ditubuhkan. Alangkah beruntungnya para karyawan dan artis ini.

Di antara artis veteran yang menerima sumbangan kerajaan. Adakah berbaloi menubuhkan tabung khas untuk mereka kera kerajaan sudah ada Jabatan Kebajikan Masayarakat yang boleh menjalankan fungsi yang sama

Di dalam hati saya berkata apakah sumbangan mereka sehingga mendapat pembelaan yang sedemikian rupa? Bukanlah saya tidak setuju dengan langkah yang diambil oleh kerajaan untuk membantu para artis ini. Tetapi penubuhan sebuah tabung khas semata-mata untuk para artis ini pada saya amat kurang wajar. Cukuplah sekiranya mereka ini mendapat pembelaan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat iaitu sebuah jabatan yang mempunyai fungsi untuk membantu mereka yang kurang bernasib baik seperti ibu tunggal, warga emas, orang kurang upaya serta anak yatim. Pada saya tidak perlulah diadakan sebuah jabatan/Tabung Khas semata-mata untuk membantu para artis kerana ramai lagi orang yang lebih memerlukannya sebagai contoh pesara tentera yang tidak berpencen yang hidup melarat tanpa mendapat bantuan yang cukup daripada kerajaan. Mungkin Rais Yatim akan berkata bahawa kerajaan telah menubuhkan Jabatan Veteran yang fungsi utamanya adalah untuk menjaga kebajikan pesara tentera. Cuba tanya Pengarah Jabatan Veteran di setiap negeri daripada lebih 400, 000 bekas tentera yang berdaftar berapa orangkah yang mendapat faedah bantuan bantuan Jabatan Veteran, dan berapa banyakkah peruntukan yang telah diberikan?

"Pengubalan Akta Veteran bakal memberi menafaat kepada lebih 300,000 bekas tentera yang tidak berpencen....Better late than Never!"

Pada 20 Ogos 2009, Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) ATM, Mejar Jeneral Datuk Zulkiflee Mazlan semasa lawatan beliau ke Ipoh berkata, bahawa kerajaan sedang di dalam proses merangka Akta Veteran dan sekiranya diluluskan, bekas tentera yang berkhidmat paling kurang 10 tahun yang dianggarkan seramai lebih kurang 300,000(Sumber JHEV) orang di seluruh negara bakal menikmati pencen. Beliau menjelaskan bahawa pada masa ini, hanya anggota tentera yang berkhidmat dalam tempoh 21 tahun sahaja yang menerima pencen minimum iaitu RM720 sebulan.
Tetapi saya beranggapan bahawa kerajaan sangat lambat bertindak di dalam menangani masalah kebajikan anggota-anggota bekas tentera. Mereka ini berhenti/bersara daripada perkhidmatan atas dasar yang digubal oleh kerajaan. Saya sampai sekarang masih tertanya-tanya mengapakah pada awalnya semua anggota tentera yang berhenti perkhidmatan atas dasar tamat kontrak tidak diberikan pencen.
Telekom Malaysia dan Tenaga Nasional Berhad iaitu dua(2) Jabatan Kerajaan yang telah diswastakan zaman pemerintah Tun Mahathir, kaki tangan mereka dibayar dengan pencen berdasarkan gaji akhir dengan tidak mengambilkira tempoh perkhidmatan seseorang kakitangan. Mengapakah formula yang sama tidak diterima-pakai untuk anggota tentera?
Adakah pengorbanan anggota tentera tidak cukup untuk melayakkan mereka mendapat pencen seperti bekas kakitangan Telekom Malaysia dan Tenaga Nasional Berhad? Cuba bayangkan pengorbanan anggota tentera. Semasa rakyat lain menikmati tidur yang enak dan berpelukan dengan bini (maafkan saya tetapi itulah hakikatnya), anggota tentera terpaksa berjaga di dalam hutan di dalam keadaan sentiasa berwaspada daripada serangan musuh serta nyamuk. Itu tidak termasuk dengan ancaman cuaca seperti hujan dan ribut.
Setelah 10 tahun meninggalkan perkhidmatan sebagai Pegawai Tentera ATM, di hari yang bersejarah ini, iaitu Hari Penubuhan Malaysia, saya ingin memaklumkan bahawa saya tidak pernah mendapat bantuan daripada pihak kerajaan. Pekara ini bukan hanya berlaku kepada bekas pegawai tentera, tetapi juga kepada anggota lain-lain pangkat yang kebanyakan daripada mereka bekerja sebagai Pengawal keselamatan atau pemandu teksi. Kerajaan mungkin beranggapan bahawa mereka telah sedaya upaya membantu bekas tentera melalui Jabatan Veteran. Pada saya Jabatan Veteran hanya alat kempen politik kerajaan. Dari segi keberkesanan saya masih tidak nampak lagi dan perkara ini dapat dibuktikan lagi dengan keadaan hidup bekas tentera terutamanya yang tidak berpencen yang melarat.
Sebelum mengakhiri tulisan saya di dalam weblog ini, sekali lagi saya ingin menegaskan bahawa saya tidak mempunyai perasaan dengki atau irihati dengan usaha serta bantuan yang diberikan kerajaan kepada para artis walaupun semasa usia muda mereka bergulamang dengan nikmat, tidak membayar cukai serta sumbangan mereka yang tidak seberapa, jika dibandingkan dengan sumbangan bekas tentera. Tujuan saya adalah supaya pihak kerajaan memberikan keutamaan kepada bekas tentera di dalam memberikan bantuan.
Saya juga ingin mengingatkan kepada para artis agar sentiasa beringat semasa masih muda dengan menabung agar di hari tua kelak tidak perlu meminta simpati kerajaan serta wang kerajaan/pembayar cukai tidak disalahgunakan ataupun digunakan untuk tujuan yang memberi faedah kepada pembangunan negara.
Dan bagi mewakili 300,000 anggota bekas tentera Malaysia (Pegawai dan lain-lain pangkat), saya ingin menggesa kerajaan agar mempercepatkan kelulusan Akta Veteran demi untuk membela kehidupan bekas tentera.
Terima Kasih
Blog Widget by LinkWithin

BlogTopsites

Politics Blogs - Blog Top Sites

Alexia Rank

Technorati

BlogSearch Engine

BlogRanking

Politics Blogs - Blog Rankings