Remaung6renjer

Nuffnang

Tuesday, October 25, 2011

Laporan Ketua Audit Negara 2010: Kem 1 Divisyen di Muara Tuang Bernilai RM214 Juta Terbengkalai

Kuching
Tuesday, 25th October 2011





Tidak percaya sungguh bagaimana kem yang bernilai RM 214 Juta dan telah dilanjut sebanyak 3 kali masih belum dapat disiapkan. Sebagai seorang bekas pegawai tentera, dari luar saya sangat bangga melihat kem ini. saya telah menyiarkan gambar-gambar kem berkenaan di 1Malaysia-Photogallery. Tetapi apabila terbaca laporan Ketua Audit bagi tahun 2010,  saya merasa sangat  kesal dan malu ini kerana kema yang sepatutnya menempatkan . ibu pejabat 1 Div serta sebuah pasukan elit infantri  10 RRD walaupun dari luar nampak telah siap sepenuhnya tetapi  hakikatnya masih belum ssiap sepenuhnya selamat untuk dihuni.







Projek pembinaan Kem Muara Tuang, Sarawak yang eslesai pada Februari tahun lalu, masih belum lengkap dan beberapa kecacatan serta kepincangan mula terserlah, kata Laporan Ketua Audit Negara 2010.

Menurut laporan itu, hanya 95.7 peratus berjaya disiapkan meskipun kerajaan telah membenarkan tiga kali lanjutan tarikh akhir untuk projek bernilai RM214.43 juta.


Pasukan audit juga mendapati kerja-kerja dijalankan tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan.Antaranya, kayu yang tidak berkualti digunakan, kecaccatan kerja-kerja konkrit, kerja lepaan simen yang nipis dan bahan-bahan kalis air mula tertanggal.

“Berdasarkan pemerhatian tersebut, pihak Audit telah memberi teguran kepada perunding/kontraktor dan pada bulan Mac 2011, Tim Projek memaklumkan bahawa tindakan telah diambil oleh kontraktor untuk membaiki kerja tersebut.


“Sekiranya kerja yang tidak mengikut spesifikasi/tidak berkualiti yang dibangkitkan tidak diperbaiki, pihak Audit akan mengesyorkan kepada Kementerian supaya nama perunding dan kontraktor ini disenaraihitamkan,” petik laporan itu.

Kontraktor berkenaan Konsortium Jendela Hikmat Sdn Bhd (JHSB) juga didapati belum  membayar bon pelaksanaan RM10.72 juta, seperti yang dikehendaki oleh Kementerian Kewangan untuk projek-projek yang bernilai melebihi RM200, 000.

JHSB, yang telah dianugerahkan kontrak berkenaan pada Mei 2006, memberi alasan seperti kenaikan kos bahan-bahan pembinaan akibat perkembangan ekonomi yang tidak menentu memberi kesan kepada nilai tanah yang dibangunkannya.

Mupok Aku


Comments :

0 comments to “ Laporan Ketua Audit Negara 2010: Kem 1 Divisyen di Muara Tuang Bernilai RM214 Juta Terbengkalai ”

Post a Comment

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin

BlogTopsites

Politics Blogs - Blog Top Sites

Alexia Rank

Technorati

BlogSearch Engine

BlogRanking

Politics Blogs - Blog Rankings