Sunday, 12th June 2011
Siti Jarum cuba meniupkan semangat perkauman dengan membandingkan Namawee pejuang semangat Maysian-Malaysia dengan Gambit iaitu seorang pengarah Video Lucah..Memanglah Siti Jarum ini pelacur UMNO yang bekerja dengan Utusan Malaysia!
Semasa minum di kedai makan milik kaum Melayu di M10 iaitu sebuah pekan satelit di Batu 10 Sarawak, sekali lagi mata saya tertancam pada tulisan Siti Jarum iaitu seorang kolumnis perkauman dari Utusan Malaysia yang mana berikutnya akan saya gelarkan "Sundal UMNO", tentang dua pemuda Malaysia iatu Namawee dan Gambit. Namawee pemuda Cina yang berasal dari Johor menjadi terkenal kerana mencipta dua buah lagu berentak rap iaitu Negaraku sebagai Negarakuku dan juga tentang seorang Guru Besar di Kulai bernama Siti Inshah Mansor yang bersifat perkauman dengan menghina Kaum Cina dan India. Manakala Gambit pula adalah seorang pemuda berbangsa Melayu tetapi mengarahkan video lucah yang dimuat-turun ke dalam Youtube.
Sundalnya Siti Jarum. Tidakkah sundal UMNO ini mengetahui akan perbezaan yang ketara di antara perbuatan kedua-dua pemuda ini? Namawee menggunakan bakatnya untuk menyuarakan ketidak-puasan hatinya atasa layanan perkauman pemimpin Malaysia terutamanya UMNO terhadap rakyat Malaysia keturunan kaum Cina dan juga India yang mana umum malahan seluruh dunia sudah mengetahuinya (Sila rujuk rencana http://bukittunggal.com/2009/08/umno-must-end-it-apartheid-style-rules.html). Manakala Gambit pula atas kreativitinya mengarahkan video lucah suatu perbuatan yang melanggar undang-undang Malaysia kerana membuat filem seks atau video lucah.
Nampaknya Sundal UMNO ini telah cuba untuk meniupkan isu perkauman dengan menyamakan perbuatan seorang rakyat Malaysia berbangsa Cina yang menyuarakan rasa tidak puas-hatinya melalui lagu dengan perbuatan seorang pemuda Malaysia berbangsa Melayu yang melakukan jenayah dengan membuat filem lucah..Memanglah Siti Jarumni seorang Sundal UMNO yang berselindung di sebalik Utusan Malaysia.
Pada tulisan saya yang lepas saya ada menyebut bahawa tidak semua orang Melayu mempunyai hati sejahat PERKASA (pertubuhan proksi UMNO) itu sebabnya walaupun lebih kurang 50% daripada penduduk Malaysia adalah terdiri daripada Orang Melayu tetapi tidak ramai orang Melayu yang membaca akhbar Utusan Malaysia, ini disebabkan hanya segelintir (kebanyakan penyokong UMNO) sahaja orang Melayu yang bersikap perkauman macam Utusan Malaysia.
Sebagai penduduk yang mengimpikan keamanan saya ingin mengingatkan kepada Utusan Malaysia, UMNO dan Siti Jarum Sundal (Sundal UMNO) agar lebih bertanggungjawab apabila membuat laporan agar keamanan negara ini tidak terjejas. Ingatlah sebagai sebuah negara majmuk, keselamatan negara ini sangat sensitif. Perkara keagamaan serta perkauman merupakan ancaman negara ini yang paling ketara. Sikap yang tidak bertanggungjawab seperti yang diamalkan oleh Utusan Malaysia serta Sundal UMNO melalui tulisannya di dalam Utusan Malaysia boleh menghancurkan negara ini. Ingatlah keamanan negara ini bukan disebabkan oleh toleransi penganut Islam serta kaum Melayu semata-mata, tetapi semangat tolak ansur penganut agama lain serta lain-lain kaum negara ini serta rakyat Malaysia juga menyumbang terhadap keamanan negara seperti yang kita kecapi sekarang.
Perbandingan di antara Namawee serta Gambit seperti yang ditulis oleh Sundal UMNO merupakan pelanggaran prinsip kewartawanan yang ketara. Kepada Siti Jarum (Sundal UMNO) serta Utusan Malaysia..Insaflah...Negara ini adalah NEGARA MALAYSIA dan bukan lagi TANAH MELAYU yang telah lama terkubur semenjak tahun 1963 iaitu semenjak tertubuhnya Malaysia.
Comments :
Post a Comment