Remaung6renjer

Nuffnang

Tuesday, May 10, 2011

Betulkah PM Najib boleh disamakan dengan Pandi Kutty?

Kuching
Tuesday, 10th May 2011


Pandi Kutty adalah perkataan Tamil yang bermaksud anak babi. Bagi orang Melayu-Muslim, anak babi merupakan perumpamaan yang hina. Kalau sesorang itu disamakan dengan anak babi maka dari segi moral serta fizikalnya hina dan jahat sangatlah seseorang itu. Bagi orang Iban pula anak babi bukanlah seasuatu yang hina oleh yang demikian tiada dalam kamus bahasa Iban yang mengaitkan seseorang yang mempunyai kelakuan yang tidak sempurna atau jahat dengan perkataan anak babi. Yang saya biasa dengar orang yang jahat selalu dikaitkan dengan "anak ampang" ataupun anak luar nikah dan kalau seseorang itu nakal selalunya akan disamakan dengan anak monyet atau dalam bahasa Iban "anak kera" maknanya kalaulah seseorang itu dikatakan anak ampang maka jahat sangatlah kelakuan seseorang itu. Dan kalau seseorang itu disamakan dengan "anak kera" maka nakal sangatlah seseorang kana-kanak tersebut.

Buat masa sekarang akhbar UMNO yang tengah meniupkan api kebencian terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim yang telah menyamakan PM Najib dengan anak babi atau pandi kutty. Di dalam Utusan Malaysia telah dipetik kenyataa daripada beberapa orang bekas ahli PKR seperti Anuar Shaari, Senatak Ezam dan lain-lain yang mengutuk DSAI kerana menyamakan PM Najib dengan pandi Kutty.

Saya telah mendengar syarahan DSAI melalui Youtube. Seperti kata pepatah, berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Melihat apa yang UMNO buat terhadap DSAI memang patut dia menyamakan PM Najib dengan Pandi Kutty. Setelah mengalami kekalahan di dalam PRU 12 yang dilaksanakan pada tahun 2008, macam-macam konpirasi yang dibuat oleh UMNO dan PM Najib terhadap DSAI. Daripada dituduh di dalam kes Liwat 2 yang melibatkan pembantu peribadinya (merupakan seorang gay?) hingga kes Video Seks yang melibatkan lelaki yang mirip beliau serta perbuatan kotor UMNO menggunakan MACC untuk merampas Selangor, UMNO dan PM Najib memang berusaha untuk membunuh karektor serta peluang politik DSAI.

Perbuatan Najib Macam Pandi Kutty?

Kepada UMNO dan PM Najib sekiranya tidak mahu disamakan dengan Pandi Kutty, silalah berkelakuan baik dan jangan berkelakuan seperti Pandi Kutty mengikut pandangan DSAI. PM Najib juga perlu ingat bahawa hidup ini seperti roda, hari ini kita dia atas, esok atau lusa kita akan dibawah. Oleh yang demikian beringatlah...Lihatlah apa yang telah berlaku kepada Saddam Hussien, Hosni Mubarak, Ghadaffi dan lain-lain pemimpin dunia Arab yang lain. Jangan sampai kamu jadi macam mereka baru mahu beringat.
Kepada DSAI teruskan berjuang. 27 juta rakyat Malaysia bergantung kepada kamu untuk hidup aman damai di Malaysia tercinta ini!

Mupok Aku

Comments :

0 comments to “ Betulkah PM Najib boleh disamakan dengan Pandi Kutty? ”

Post a Comment

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin

BlogTopsites

Politics Blogs - Blog Top Sites

Alexia Rank

Technorati

BlogSearch Engine

BlogRanking

Politics Blogs - Blog Rankings