Tuesday, 15th March 2011
Buta dan Tuli-kah Pemimpin dan Penyokong Barisan Nasional ?
Selepas lebih sebulan bergulamang dengan buku-buku, maka tibalah masanya untuk saya melepaskan geram terhadap orang-orang BN baik penyokong-penyokong, pemimpin-pemimpin muda mahupun pemimpin kanan mereka yang sejak kebelakangan ini asyik "mengkelabukan" minda anak-anak muda serta penduduk-penduduk rumah panjang yang pemikiran mereka hanya 0.5% mencapai tahap "pemikiran wawasan 2020" mengikut visi pemimpin mamak yang lebih rasis daripada Melayu tulen di dalam memperjuangkan nasib mereka yang 110% lebih maju daripad pemikiran mereka sebelum merdeka.
Pada kali ini saya akan cuba membawa pemikiran pelawat Bukittunggal kepada satu bidalan ataupun idiom iaitu membuta-tuli. Membuta tuli ini berasal daripada dua kata nama iaitu buta dan tuli. Buta bermaksud tidak boleh melihat ataupun cacat pengelihatan manakala tuli bermaksud tidak mendengar atau pekak. manakala kata tambahan "Mem" menunjukkan ianya adalah kata nama ataupun perbuatan. Daripada definasi kedua-dua perkataan tersebut maka membuta tuli bolehlah dierti-katakan sebagai sengaja tidak melihat atau tidak mendengar ataupun pendeknya "main semborono" atau orang Iban cakap "main rambang".
Intipati perbincangan saya pada hari ini adalah berkenaan dengan kelakuan membuta-tuli penyokong-penyokong serta pemimpin-pemimpin BN di dalam mempertahankan perbuatan salah laku pemimpin mereka serta di dalam hal memberikan sokongan terhadap pemimpin mereka yang rasuah. Mungkin ada pembaca di luar sana yang mengaitkan perkataan salah-laku dengan tuduhan liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim atau saya gelar DSAI. Yalah sebab perkataan SALAH LAKU memang perkataan popular bagi stesen-stesen TV BN didalam mengaitkan DSAI. Setiap kali masa depan politik DSAI mulai cerah mereka akan mengaitaknnya dengan perkataan SALAH LAKU untu menganiayai beliau.Ini bukan kali pertama, malahan yang ke2. Baiklah mereka menang sebab semua ajensi kerajaan adalah di bawah kuasa UMNO, malahan ajensi yang melibatkan siasatan DSAI pun dikuasai oleh saudara Perdana Menteri sendiri. Memang orang tidak hairan Mengulas kes liwat DSAI adakah patut pihak polis menipu DSAI dengan memberikan berus gigi kemudia dicuri untuk mendapatkan DNA ?(Mereka gelar sebagai Datuk Najib Alantuya).
Sebelum terlajak lebih jauh maka eloklah saya berhenti mengulas kes liwat DSAI sebab semua dunia tahu bahawa kes tersebut adalah kes rancangan UMNO. Saya berbalik kepada sokongan membuta tuli terhadap pemimpin BN. Saya akan fokus ulasan saya terhadap apa yang berlaku di Sarawak. Dunia sudah tahu bahawa Sarawak dikuasai oleh Taib Mahmud iaitu pemimpin BN yang sangat berkuasa. Kuasanya jauh mengatasi DNA ( Datuk Najib Alantuya ) malahan tidak keterlaluan kalau dikatakan di Malaysia tiada orang yang lebih berkuasa daripada Taib Mahmud ini. Siapa yang berani bersuara menentang Taib? DNA? Kalau DNA lebih berkuasa daripada Taib sudah lama beliau (Taib) masuk jel.
Saya buktikan melalui pendedahan demi pendedahan di buat oleh Sarawak Report ataupun Radio Free Sarawak serta berpuluh-puluh laporan telah duat kepada Malaysian Anti Corruption Commission tapi sampai kini habukpun tarak...malahan Taib sendiri mentertawakan MACC dengan berkahwin lagi satu dengan perempuan yang sama baya dengan cucunya.
Adakah ini memainkan peranan mengapa Jabu menyokong Taib Mahmud secara membuta-tuli?
Pemimpin BN yang ingin saya kaitkan dengan membuta-tuli yang pertamanya adalah Datuk Alfred Jabu ak Numpang (saya akan gunakan Datuk Jabu di dalam ulasan saya berikutnya). Kalau kita pergi ke mana-mana rumah panjang dan kita bertanya tentang Jabu daripada mereka, rata-rata mereka akan bagi tahu anda bahawa Datuk Jabu adalah Iban nilat pelir Taib. Tapi ingat jangan sekali-kali bertanya kepada tuai rumah sebab anda akan mensia-siakan masa anda. Ini adalah kerana majoriti daripada tuai rumah(tr) telah menjadi hamba kepada pemimpin BN yang mengumpan mereka dengan elaun RM800 sebulan. Lihatlah bagaimana TR-TR ini diperkudakan oleh pemimpin BN untuk memujuk anak buah mereka untuk menyerahkan tanah pusaka/adat mereka kepada syarikat-syarikat besar di dalam projek usaha-sama tanaman kelapa sawit yang tidak menguntungkan, maka atas sebab mempercayai pemimpin secara membuta-tuli mereka sanggup menjadi anasir syarikat besar ini....
Hey PBB and Taib Mahmud...Inikah Politik Pembangunan?
Pengalaman penulis sendiri yang cuba untuk menasihati tuai rumah sebuah rumah panjang di dalam kawasan N25 Balai Ringin agar menarik diri daripada usahasama tanaman ladang kelapa sawit bersama anak buahnya, sebab usahasama ini akan menyebabkan beliau serta anak-anak buahnya kehilangan tanah pusaka mereka buat selama-lamanya. Daripada mengucapkan terima kasih, saya telah dituduh sebagai anti-pembangunan. Inilah dia akibat daripada sokongan yang membuta-tuli tuai rumah tersebut kepada pemimpin BN. Dia mungkin tidak nampak kesan jangka panjang usahasama atau JV (Joint Venture) ini, Tapi dalam masa enam-puluh (60) tahun yang akan datang keturunannya mungkin tiada hak ke atas tanah berkenaan. Tapi adakah tuai rumah berkenaan memikirkan masalah ini? Atau dia telah buta dan tuli dengan suapan yang diberikan oleh pihan pengurusan ladang atau oleh pemimpin BN?
Tapi Datuk Jabu apa pula motifnya? Saya tidak berapa nampak sebab yang konkrit kenapa Datuk jabu sanggup menyokong Taib Mahmud bagaikan perumpama sanggup "menjilat pelir Taib" sehingga menyebabkan kaum Iban terlalu jauh ketinggalan dari segi pelajaran dan ekonomi. Dalam masa 30 ke 40 tahun yang akan datang, Datuk Jabu akan dikenang sebagai pemimpin yang menyebabkan kaum Iban jauh ketinggalan.
Tak Kira Apa budak-budak dan pemimpin PBB yang Membuta-Tuli Buat, Dua personaliti ini berjanji akan mendedahkan segala perbuatan buruk laku Taib Mahmud!
Selepas Datuk Jabu, saya ingin menyentuh berkenaan dengan sokongan membuta-tuli pemuda PBB melalui ketuanya Datuk Fadillah Yusof terhadap Taib Mahmud. Fadillah mewakili pemuda PBB dengan angkuhnya telah membuat laporan polis terhadap Sarawak Report (SR) dan Radio Free Sarawak(RFS) atas dakwaan memfitnah Taib mahmud. Itulah tanda-tanda sokongan yang membuta tuli. Disebalik membuat laporan polis terhadap Taib Mahmud atas dakwaan rasuah serta salah guna kuasa Fadillah dan budak hingusan di dalam PBB telah membuat laporan terhadap pemberi maklumat (Whistle blower). Buta kah Fadillah. Atau Tulikah pemuda PBB? Kepada Fadillah serta anggota dan penyokong PBB saya ingin mengingatkan agar jangan menyokong Taib Mahmud secara membuta-tuli. Paling lama Taib akan berkuasa adalah dalama masa 2-3 tahun lagi. Sanggupkah Fadillah dan PBB menjilat ludah selepas Taib tidak berkuasa lagi? Ingatlah apa yang saya tulis ini. Hanya masa yang akan menentukan bila Taib Mahmud serta ahli keluarganya akan di dakwa serta hilang semua harta-benda mereka. Saya harap Fadillah serta anggota PBB yang lain tidak jadi macam Rafidah Azis dengan mahathir selepas mamak Mahathir turun takhta.....
Adnan Satem..Cuba menunjukkan Kesetiaan Kepada Taib Dengan Menyambut Cabaran Baru Bian Untuk Berdebat Secara Membuta-Tuli....Jangan Adnan nanti kamu diaibkan!
Seorang lagi pemimpin BN yang menyokong Taib membuta tuli adalah Adenan Satem. Walaupun kerjaya politik pemimpin ini seakan-akan tamat setelah beliau dituduh sebagai mahu merampas jawatan ketua Menteri Sarawak daripada Taib Mahmud dalam tahun 2007. Tetapi di kebelakangan ini kerjaya politiknya cuba diangkat kembali oleh Taib Mahmud. Untuk membalas jasa atau untuk membuktikan taat setia beliau kepada Taib, beliau telah sanggup untuk mewakili Taib Mahmud untuk berdebat dengan saudara Baru Bian iaitu Ketua Perhubungan PKR Sarawak berkenaan NCR Land (tanah adat).
Dengan angkuhnyah beliau telah menyahut cabaran Sdra Baru Bian untuk mewakili Taib Mahmud seraya berkata " Saya akan berdebat dengan Baru (Bian). Dia peguam sayapun peguam"!
Memanglah Adenan Satem peguam tapi saya nak tanya bilakan kali terakhir dia bertindak sebagai peguambela atau peguamcara di mahkamah? Dan kalau adapun bilakah kali terakhir dia mengendalikan perbicaraan tanah adat? Saudara Baru Bian seperti yang sedia maklum merupakan seorang peguam yang telah memenangi banyak perbicaraan mewakili kaum Iban di dalam kes tanah adat. Adenan bagaimana ? Sedalam mana pengetahuan serta pengalamannya di dalam hal tanah adat.
Kepada Adenan Satem saya hendak nasihatkan beliau, iaitu janganlah hanya kerana mahu menunjukkan sokongan kepada Taib secara membuta-tuli janganlah pula sanggup secara membabi-buta untuk dimalukan oleh saudara Baru Bian seperti "nganjong umpan empa jani" dan akhirnya kehilangan karier politiknya kali kedua. Ingat apa yang terjadi kepada Ahmad Shabery semasa perdebatannya dengan DSAI tahun 2008 dimana beliau telah dimalukan oleh DSAI di hadapan TV yang ditonton oleh berjuta-juta rakyat malayia dan antarabangsa. Sanggupkah Adenan Satem dimalukan Sdra Baru Bian demikian?
Saya ingin menggesa para penyokong, ahli biasa serta pemimpin-pemimpin PBB baik yang senior mahupun junior agar tidak menyokong pemimpin yang mengamalkan rasuah serta kroni secara membuta-tuli.
Ingatlah wahai semua orang BNKalau Suharto yang perkasa boleh ditumbangkanDan Marcus yang rakus boleh dimalukan oleh rakyat yang Sejiwa sehatiTidakkah kamu semua terfikir bahawa Taib Mahmud serta Raziah bakalmenerima nasib yang lebih teruk?Marilah keluar dari PBB serta jangan sokong Taib membuta tuli
Last but not Least ....Dedicated to Penyokong BN yang Membuta- Tuli!
Mupok Aku
Comments :
Post a Comment