Remaung6renjer

Nuffnang

Showing posts with label Namawee. Show all posts
Showing posts with label Namawee. Show all posts

Sunday, June 12, 2011

Siti Jarum Perempuan Sundal UMNO Bekerja Dengan Utusan Malaysia

Kuching
Sunday, 12th June 2011


Siti Jarum cuba meniupkan semangat perkauman dengan membandingkan Namawee pejuang semangat Maysian-Malaysia dengan Gambit iaitu seorang pengarah Video Lucah..Memanglah Siti Jarum ini pelacur UMNO yang bekerja dengan Utusan Malaysia!


Semasa minum di kedai makan milik kaum Melayu di M10 iaitu sebuah pekan satelit di Batu 10 Sarawak, sekali lagi mata saya tertancam pada tulisan Siti Jarum iaitu seorang kolumnis perkauman dari Utusan Malaysia yang mana berikutnya akan saya gelarkan "Sundal UMNO", tentang dua pemuda Malaysia iatu Namawee dan Gambit. Namawee pemuda Cina yang berasal dari Johor menjadi terkenal kerana mencipta dua buah lagu berentak rap iaitu Negaraku sebagai Negarakuku dan juga tentang seorang Guru Besar di Kulai bernama Siti Inshah Mansor yang bersifat perkauman dengan menghina Kaum Cina dan India. Manakala Gambit pula adalah seorang pemuda berbangsa Melayu tetapi mengarahkan video lucah yang dimuat-turun ke dalam Youtube.

Sundalnya Siti Jarum. Tidakkah sundal UMNO ini mengetahui akan perbezaan yang ketara di antara perbuatan kedua-dua pemuda ini? Namawee menggunakan bakatnya untuk menyuarakan ketidak-puasan hatinya atasa layanan perkauman pemimpin Malaysia terutamanya UMNO terhadap rakyat Malaysia keturunan kaum Cina dan juga India yang mana umum malahan seluruh dunia sudah mengetahuinya (Sila rujuk rencana http://bukittunggal.com/2009/08/umno-must-end-it-apartheid-style-rules.html). Manakala Gambit pula atas kreativitinya mengarahkan video lucah suatu perbuatan yang melanggar undang-undang Malaysia kerana membuat filem seks atau video lucah.

Nampaknya Sundal UMNO ini telah cuba untuk meniupkan isu perkauman dengan menyamakan perbuatan seorang rakyat Malaysia berbangsa Cina yang menyuarakan rasa tidak puas-hatinya melalui lagu dengan perbuatan seorang pemuda Malaysia berbangsa Melayu yang melakukan jenayah dengan membuat filem lucah..Memanglah Siti Jarumni seorang Sundal UMNO yang berselindung di sebalik Utusan Malaysia.

Pada tulisan saya yang lepas saya ada menyebut bahawa tidak semua orang Melayu mempunyai hati sejahat PERKASA (pertubuhan proksi UMNO) itu sebabnya walaupun lebih kurang 50% daripada penduduk Malaysia adalah terdiri daripada Orang Melayu tetapi tidak ramai orang Melayu yang membaca akhbar Utusan Malaysia,  ini disebabkan hanya segelintir (kebanyakan penyokong UMNO)  sahaja orang Melayu yang bersikap perkauman macam Utusan Malaysia.

Sebagai penduduk yang mengimpikan keamanan saya ingin mengingatkan kepada Utusan Malaysia, UMNO dan Siti Jarum Sundal (Sundal UMNO) agar lebih bertanggungjawab apabila membuat laporan agar keamanan negara ini tidak terjejas. Ingatlah sebagai sebuah negara majmuk, keselamatan negara ini sangat sensitif. Perkara keagamaan serta perkauman merupakan ancaman negara ini yang paling ketara. Sikap yang tidak bertanggungjawab seperti yang diamalkan oleh Utusan Malaysia serta Sundal UMNO melalui tulisannya di dalam Utusan Malaysia boleh menghancurkan negara ini. Ingatlah keamanan negara ini bukan disebabkan oleh toleransi penganut Islam serta kaum Melayu semata-mata, tetapi semangat tolak ansur penganut agama lain serta lain-lain kaum negara ini serta rakyat Malaysia juga menyumbang terhadap keamanan negara seperti yang kita kecapi sekarang.

Perbandingan di antara Namawee serta Gambit seperti yang ditulis oleh Sundal UMNO merupakan pelanggaran prinsip kewartawanan yang ketara. Kepada Siti Jarum (Sundal UMNO) serta Utusan Malaysia..Insaflah...Negara ini adalah NEGARA MALAYSIA dan bukan lagi TANAH MELAYU yang telah lama terkubur semenjak tahun 1963 iaitu semenjak tertubuhnya Malaysia.

Mupok Aku



Wednesday, September 8, 2010

Namewee-From the Bottom Of My Heart and A Challenge For Debate With Puteri UMNO!

Kuching
Wednesday, 8th September 2010

Namewee from Generation Y, first made a big name in Malaysia in 2007 when his rap song entitled  "NEGARAKUKU" appeared in popular Youtube. Last month he once against angered the UMNO by his another rap song but this time about the racist headmistress name Siti Inshah. Despite acted as whistleblower, he was condemned by UMNO especially by its Puteri Wing.
Today he tells the Malaysian his side of the story, and his willingness to debate with Puteri UMNO that his song was created in good faith and because of his loves to this country.Please read his statementment exclusively in Bukittunggal.com...

My name is Wee Meng Chee.

Namewee..Generation Y Malaysian

I am a Malaysian who grew up harmoniously with friends from all all walks of life and different races. From my young age, I was taught under our national education system to always have an open mind so that some day I can in turn, contribute my intellectual thoughts back to my beloved country.
Over the past few weeks, servants of the government under the education system have committed certain acts which disrupted the racial sentiments in the country and like many of my fellow Malaysians, I felt saddened and at times angered by these black sheep who do not respect that Malaysia is a multi-racial country with freedom of religion.
I strongly believe that this country was built by all races including Malays, Chinese, Indians and other minorities. Hence, my main objective for uploading the new video titled ‘Nah’ was to condemn such acts and to stand up against racism. This video was about defending the constitution of the country because just like me, most Malaysians want nothing but peace and racial harmony.
I have used obscene language blatantly as a form of communication in some of my videos but that does not mean I am not educated nor that I have committed a serious crime. Vulgarity content was chosen only with the objective of bringing forward my point of view (and the view of many people) with more impact. Therefore, I believe it is more critical to highlight the subject matter instead of focusing on the choice of words.
Based on the report I have read by Utusan Malaysia, I am truly saddened and disbelief that I am now being accused of causing racial tension in my beloved country by a small group of politicians representing the government when all I was doing in my own way, was to defend the true constitution of the country and condemn those who do not respect our Prime Minister, Datuk Seri Najib Tun Razak’s hard work of building a 1Malaysia country. To show my support for our Prime Minister for enforcing ‘Zero tolerance over racist remarks’, I have also taken out the said video from my youtube account since I have already highlighted my stand over the issue, which is to STOP RACISM in this country.
Many accusations have been made upon me since 2007, and this time I like to defend for myself as nobody seems to be defending for me in the political arena. My name has been used on many incidents by politicians over the years, this time I am not going to let empty accusations with no basis being laid upon me again. I am only an individual with no political agenda or motives, who wishes to voice out his opinion against racism in this country.
Therefore I like to challenge Puteri Umno Chief for an open debate, I like to find out from her, why is she attacking the victim (the Malaysian public) when the real perpetrators of this very issue has yet to be punished? If the Chief thinks that I have no respect and sense of responsibility for my own country, please accept my invitation to have an open public debate on this issue. Help us Malaysians define, how to become a good patriotic citizen of Malaysia , educate us please.
Lastly, I love my country and I wish Malaysia a very Happy 53rd National Day !!

"1 MALAYSIA , GENERATES TRANSFORMATION"

If you like this posting please leave your comment.


Mupok Aku

AGI IDUP AGI NGELABAN

Wednesday, September 1, 2010

UMNO Semakin Berani Memainkan Isu Perkauman

Kuching, Sarawak
Wednesday, 1st September 2010

 UMNO Semakin Berani Mengorbankan Keamanan Malaysia Demi Untuk Politik Sempit Dengan Memainkan Isu Perkauman.




Apakah Motif UMNO sebenarnya? Dalam usaha untuk meraih undi Melayu mereka sanggup mengorbankan semangat toleransi anatara kaum. Terdahulu LGE telah dipersalahkan apabila namanya disebut semasa sembahyang Jumaat. Baru-baru ini Utusan Malaysia telah memainkan isu Teo Nie Ching memasuki surau, dengan harapan untuk menaikkan api kemarahan kaum. yang pelik kenapa tiada tindakan terhadap Utusan Malaysia? 

Marahpun ada, meluatpun ada apabila terbaca di Malaysiakini bahawa UMNO di dalam blog yang ditulis oleh penyokongnya dengan nama pena "PAS BERUK", memfitnah Lim Guan Eng dengan meletakkan gambar super impose beliau yang sedang menyembelih lembu.
Bodoh sangat ke LGE sampai sanggup melakukan benda yang beliau tahu yang beliau tak boleh lakukan? Sebagai rakyat Malaysia yang cintakan keamanan, saya menyeru UMNO agar menghindarkan diri daripada menggunakan platform perkauman untuk memenangi hati pengundi Melayu, dan mereka juga mesti ingat bahawa bukan semua kaum Melayu itu suka bersifat perkauman dan menyokong perbuatan mereka. UMNO perlu ingat bahawa Malaysia bukan lagi Malaya. Malaysia adalah sebuah gagasan yang terdiri daripada rakyat yang berbilang agama dan bangsa yang merangkumi kaum Cina, India dan pribumi Sabah dan Sarawak.
Dari segi pecahan kaum, Melayu hanya merangkumi 60 peratus sahaja daripada jumlah keseluruhan penduduk Malaysia. Daripada pecahan penduduk di atas adalah jelas sekiranya mana-mana kaum mahu memerintah Malaysia, mereka seharusnya mendapat sokongan daripada semua kaum. Untuk mendapat sokongan daripada semua kaum, pemimpin sesuatu kaum itu mestilah adil dan sanggup berkhidmat kepada semua rakyat Malaysia,  tidak mengira kaum.


Sehingga Sekarang pemimipin katak ini masih tidak diambil tindakan oleh pihak berkuasa atas ucapan dan tindakan "perkauman melampau" beliau sebagai pemimpin PERKASA. Apakah bezanya PERKASA dengan HINDRAF?

Semua orang tahu bahawa PERKASA adalah UMNO. Jadi UMNO jangan cuba berselindung dibelakang PERKASA. Kalaulah PERKASA itu bukan UMNO, nescaya sudah lama Ibrahim katak kena tahan di bawah ISA. Apa bezanya PERKASA dengan HINDRAF?
Ramai orang tahu bahawa HINDRAF adalah off-shoot MIC manakala PERKASA adalah off-shoot dari UMNO. Jadi PERKASA apapun alasannya orang tahu siapa sebenarnya mereka ini.


Bertindak sebagai "whistle Blower" tetapi telah dikritik oleh pemimpin UMNO serta dipanggil untuk siasatan oleh pihak PDRM. Besar sangatkah kesalahan beliau kalau dibandingkan dengan pengetua yang bersifat "perkauman melampau' yang bernama Siti Inshah ?

Dari kes yang melibatkan Siti Inshah. Beliau yang merupakan seorang pengetua boleh terlepas daripada tindakan cercaan daripada pemimpin UMNO tetapi NAMEWEE atau nama sebenar beliau Wee Meng Chee, yang hanya bertindak sebagai "whistle blower" tetapi telah mendapat kritikan dan kutukan daripada pemimpin UMNO. Kalau  tindakan tidak cukup, hanya dengan 3 laporan Polis beliau telah disiasat oleh polis dengan sert-merta. Tetapi apakah pula tindakan kerajaan pimpinan UMNO terhadap pengetua yang bersifat perkauman melampau ini?
Dari segi layanan terhadap semua kaum rakyat Malaysia, UMNO juga perlu ingat bahawa penduduk Malaysia yang berbangsa Cina dan India sekarang bukanlah terdiri daripada mereka yang dibawa masuk untuk tujuan berkerja di lombong timah serta ladang getah lagi. Mereka adalah generasi yang lahir dan membesar di Malaysia. Manusia jenis apakah kita yang memberi status warganegara yang berstatus bumiputera hanya kerana mereka mengamalkan hidup cara Melayu kepada pendatang Kemboja, Indonesia dan Selatan Filipina tetapi masih menganggap rakyat kita sendiri iaitu rakyat daripada kaum Cina dan India sebagai kelas kedua yang ditidakkan untuk menikmati "perk" sebagai rakyat Malaysia?
NEP Hanya Relevan Untuk Bumiputera Sabah , Sarawak dan Orang Asli di Semenanjung
NEP yang diperkenalkan lebih kurang 40 tahun lepas adalah bertujuan untuk menaikkan taraf hidup kaum Melayu agar ianya sama dengan penduduk yang lain dalam kes Malaysia, sama dengan kaum Cina.
NEP pada dasarnya telah berjaya mencapai objektifnya. Tetapi untuk kaum Melayu menyamai taraf pencapaian rakyat yang berbangsa Cina adalah mustahil. Kerana kaum Cina dan Yahudi merupakan kaum pilihan tuhan. Pepatah ada mengatakan bahawa kaum Cina kalau diletakkan di tengah-tengah pulau ataupun di tengah gurun pasir yang gersang , mereka akan dapat meneruskan kehidupan. Tetapi kalaulah bangsa Malaysia yang lain diletakkan di tempat yang sama akan mati kebuluran.
Di sebalik kejayaan NEP di dalam menaikkan taraf kaum Melayu, tetapi pemimpin yang terdahulu masih melakukan kesilapan kerana hanya memberikan tumpuan kepada kaum tertentu tetapi melupakan kaum India. Ini telah menyebabkan kaum India hidup melarat serta jauh ketinggalan kalau dibandingkan dengan kaum Cina dan Melayu. Perkara ini juga menyebabkan kadar jenayah yang tinggi dilakukan oleh kaum India.
NEP dari segi tujuannya masih diperlukan di Sabah dan Sarawak dan juga kepada kaum orang Asli di Semenanjung. Ketiga-tiga kaum ini masih memerlukan NEP kalau tidak Malaysia tidak akan dapat mencapai Wawasan 2020.


Salah sebuah daripada rumah panjang di kawasan N25-balai Ringin. Kalau kita tengok di dalam surat khabar Sarawak, hampir tiap hari kita akan dengar pemimpin-pemimpin BN terutama yang berbangsa Iban yang mengatakan hanya kerajaan BN yang dapat membawa kemajuan kepada penduduk rumah panjang. Inikah kemajuan yang dinyatakan? Dengan tiada kemudahan asas bekalan letrik, air bersih dan jalanraya..

  
Di dalam tulisan saya yang lepas, saya telah menyentuh kedaifan hidup penduduk rumah panjang iaitu kampung Gayau, yang terletak di bawah N25-balai Ringin . Semenjak mencapai kemerdekaa serta penyertaan di dalam Malaysia 43 tahun yang lampau, tidak ada perubahan yang ketara berlaku terhadap kaum Iban serta peribumi yang lain.
"Semenjak penubuhan Malaysia sehingga sekarang tidak ada perubahan yang berlaku. Kalau dulu tak ada letrik sekarangpun sama, kalau dulu tidak ada jalan raya, sekarangpun masih menggunakan jalan sungai, jadi apakah kemajuan yang kerajaan war-warkan ?" kata seorang penduduk daripada Ulu Baram semasa konvensyen PKR yang diadakan pada pertengahan tahun 2009.
Statistik mengatakan bahawa 90 peratus daripada keseluruhan rumah panjang di Sarawak masih tidak ada bekalan elektrik dan kemudahan jalan raya, dan 60 peratus daripada mereka masih lagi hidup di bawah paras kemiskinan. Oleh yang demikian, Malaysia seharusnya berusaha agar rakyat peribumi Sabah-Sarawak dapat meningkatkan taraf ekonomi dan sosial mereka setaraf dengan penduduk malaysia yang lain.
Dari segi kemudahan bekalan letrik, jalan raya dan air bersih, penduduk Orang Asli mempunyai nasib yang jauh lebih baik daripada penduduk peribumi Sabah-Sarawak. Walau bagaimanapun dari segi ekonomi, mereka tidak jauh ketinggalan daripada peribumi Sabah-Sarawak . Oleh itu usaha hendaklah dilakukan oleh kerajaan untuk menaikkan taraf ekonomi Orang Asli.

Kesimpulan
UMNO seharusnya tidak bersifat perkauman kerana rakyat berbilang kaum memerlukan antara satu sama lain. Pemimpin Malaysia seharusnya menjaga kepentingan semua kaum kerana keamanan Malaysia hanya dapat dikekalkan dengan kerja-sama serta semangat toleransi antara kaum.
Dasar NEP dalam keadaan sekarang hanya boleh dipakai untuk menaikkan taraf hidup kaum peribumi Sabah-Sarawak serta kaum Asli di Semenanjung .
UMNO merupakan parti rasis-melampau yang hanya menekankan kepentingan kaum Melayu semata-mata. Sekiranya rakyat Malaysia sayangkan keamanan di mana kaum yang berbilang kaum dapat berkerjasama serta menghapuskan syak wasangka terhadap satu sama lain, maka saya menyeru agar rakyat Malaysia semua berani untuk berubah.......SINGKIRKAN KERAJAAN BARISAN NASIONAL YANG DIPIMPINAN OLEH UMNO YANG BERSIFAT RASIS MELAMPAU DAN UNDILAH PAKATAN RAKYAT (PR)!
Mupok Aku AGI IDUP AGI NGELABAN
Blog Widget by LinkWithin

BlogTopsites

Politics Blogs - Blog Top Sites

Alexia Rank

Technorati

BlogSearch Engine

BlogRanking

Politics Blogs - Blog Rankings