Remaung6renjer

Nuffnang

Sunday, February 17, 2013

Perdana Menteri Dimalukan Di Dalam Majlis Bersama Dong Zong

Sunday, 17th February 2013
Kuantan

Ramai Percaya bahawa Tahun Ular akan membawa perubahan positif kepada Malaysia. Salah satu daripadanya adalah pertukaran Perdana Menteri.


Kalau berpandukan daripada laporan yang dibuat oleh TV1, TV2, TV3 dan BERNAMA, kita akan terpengaruh bahawa PM Najib telah mendapat sambutan hangat daripada ahli-ahli Dong Zong. Tetapi kalau mahu mengetahui apa yang sebenarnya berlaku sila baca laporan-laporan yang dibuat oleh portal bebas seperti Malaysiakini.com. Sila baca laporan yang dipetik daripada Malaysiakini.com yang melaporkan bahawa PM Najib telah dimalukan dimana sambutan terhadapnya adalah hambar kalau dibandingkan sambutan yang dibuat terhadap pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat terutamanya terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.
 
Mengikut Laporan oleh Malaysiakini.com, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menerima sambutan yang lebih meriah daripada penyokong Pakatan Rakyat berbanding perdana menteri yang turut hadir ke rumah terbuka anjuran Dong Zong hari ini. Datuk Seri Najib Razak diraikan dengan tarian singa oleh tuan rumah namun ketibaan Anwar sejam kemudian disambut dengan tepukan dan sorakan bergemuruh serta laungan 'Reformasi' oleh penyokong Pakatan di majlis itu.
Sambutan Hangat yang Diterima oleh DSAI serta pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat yang Lain
Beberapa orang daripada mereka juga dilihat mengibarkan slogan 'I Love New PM Anwar (Saya Sayang PM Baru Anwar)' di majlis yang dihadiri kira-kira 5,000 orang itu. Slogan tersebut diolah daripada slogan 'I Love PM (Saya Sayang PM)' yang diedarkan di majlis tersebut untuk menyambut ketibaan Najib sebelum itu. Penyokong tersebut menambah perkataan "new" dan "Anwar" pada slogan yang diedarkan untuk meraikan Najib itu dengan menggunakan pena dakwat hitam.
Laporan  juga menambah bahawa salah seorang individu bertanggungjawab, Jimmy Wong Chee Wai, 34, berkata beliau berbuat demikian untuk menunjukkan sokongannya kepada Anwar, yang diyakininya sebagai bakal menjadi perdana menteri selepas pilihan raya umum akan datang. Beliau berharap ketibaan tahun baru Cina ini juga membawa maksud bahawa perdana menteri akan datang bukan lagi dari BN. "Beliau (Anwar) sepatutnya jadi PM kita selepas ini," kata beliau yang hadir dengan memakai baju-T BERSIH.
Malaysiakini.com juga melaporkan bahawa Najib yang tiba lebih awal daripada Anwar tidak membuat sebarang ucapan atau memberikan kenyataan kepada media walaupun ini merupakan kunjungan bersejarah sebagai perdana menteri pertama yang hadir ke majlis Dong Zong. Najib beredar selepas meluangkan masa selama kira-kira 45 minit untuk menikmati hidangan, menyaksikan persembahan, menyertai acara menggaul yee sang dan menulis kaligrafi. Pengerusi Dong Zong, Dr Yap Sin Tian pula, yang tidak membuat ucapan sewaktu kehadiran Najib, mengambil peluang untuk berucap sewaktu Anwar berada di majlis itu. Dalam ucapannya, beliau antara lainnya merayu agar "rakan" Dong Zong terus menyokong usaha yang dijalankan pertubuhan berkenaan. "Kita dalam tahun baru ini semuanya akan berubah. Jadi di sini saya harap semua rakan-rakan sokong Dong Zong sampai mencapai kita punya matlamat," kata Yap. Yap yang berucap dalam bahasa Melayu itu turut menyampaikan penghargaan kepada Najib kerana sudi hadir ke majlisnya. Tindakan Yap yang menyebut nama Najib itu bagaimanapun disambut dengan laungan "boo" oleh para penyokong Pakatan. Kumpulan sama turut melaungkan "Reformasi" sekali lagi sewaktu Anwar beredar daripada majlis tersebut. Hadirin yang menikmati hidangan secara lambak sejak ketibaan Najib juga mula beransur-ansur meninggalkan majlis sebaik sahaja Anwar beredar. Turut bersama Anwar pada majlis tadi adalah penasihat DAP, Lim Kit Siang, naib presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar, dan ahli Parlimen Cheras, Tan Kok Wai, serta presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah.
 
Remaung6Renjer- Nampaknya Tahun Ular ini akan membawa Malaysia ke arah yang lebih baik dan yang pasti, Najib akan bakal menjadi Perdana Menteri Malaysia pertama yang hadir ke Majlis anjuran Dong Zong serta berkhidmat sebagai Perdana Menteri yang tersingkat.

Mupok Aku


Blog Widget by LinkWithin

BlogTopsites

Politics Blogs - Blog Top Sites

Alexia Rank

Technorati

BlogSearch Engine

BlogRanking

Politics Blogs - Blog Rankings