Remaung6renjer

Nuffnang

Wednesday, October 3, 2012

Menantu Taib Dakwa Bahawa Taib Manusia Terkaya Di Malaysia

Wednesday, 3rd October 2012
Kuantan, Pahang

Adakah Pendedahan oleh Menantu Taib Ini Tidak Cukup Lagi Bagi MACC untuk Bertindak? Kepada MACC anda Jangan Pilih  Bulu. Kami Rakyat Sarawak Memerhatikan Ketelusan Anda!



Menantu Taib Sahkan Bahawa Taib adalah manusia terkaya di Malaysia ataupun di Asia Tenggara.

Sebagai rakyat Sarawak saya merasa terganggu apabila mengetahui bahawa AjensiAjensi kerajaan masih tidak mengambil tindakan terhadap Taib malaupun berbagai-bagi sumber telah mendedahkan tentang kekayaan beliau serta ahli keluarganya.
MACC ataupun polis perlu bertindak sekarang kerana mas Taib adalah terhad. Beliau yang telah berusia melebih 80 tahun bila-bila masa sahaja boleh meninggal. Sekiranya ini berlaku kekayaan haram beliau serta keluarga tidak dapat lagi dituntut serta dikembalikan kepada rakyat Sarawak.

Manusia Terkaya di Malaysia ataupun Di Asia Tenggara Hanya Sebagai Jawatan Ketua Menteri!

Memetik Laporan Malaysiakini, bekas menantu Taib iaitu Shahnaz Abdul Majid, 49, mendedahkan demikian semasa memberi keterangan berhubung aset bekas suaminya, Datuk Mahmud Abu Bekir Taib  hari ini. Dakwanya, Mahmud memiliki sebanyak 111 akaun di seluruh dunia, dengan jumlah deposit dianggarkan berjumlah RM700 juta.


Shahnaz mendakwa, Mahmud Abu Bekir memiliki akaun peribadi di Kanada, Amerika Syarikat, kepulauan Caribbean, Perancis, Monaco, Switzerland, Luxembourg, Malaysia dan Hong Kong.

Katanya, tuntutan mutaahnya sebanyak RM100 juta adalah kecil berbanding nilai aset bekas suaminya yang didakwa berjumlah RM1 bilion.

Dakwanya lagi, Mahmud memegang dua akaun peribadi di Edmond de Rothschild di Luxembourg dengan deposit berjumlah US$25 juta.

Beliau juga mendedahkan, bahawa bekas suaminya mempunyai dua akaun di bank sama di Switzerland dengan deposit berjumlah US$31 juta.


Kepada MACC, adakah inipun tidak mencukupi untuk mendakwa Taib? Kita rakyat Sarawak mencadangkan agar pihak atasan di MACC meletak jawatan sekiranya tidak dapat menjalankan tugas dengan telus.....

Mupok Aku

 
Blog Widget by LinkWithin

BlogTopsites

Politics Blogs - Blog Top Sites

Alexia Rank

Technorati

BlogSearch Engine

BlogRanking

Politics Blogs - Blog Rankings