Remaung6renjer

Nuffnang

Tuesday, October 1, 2013

Mengapa Perlu Ada Persatuan Veteran Tentera Negeri Sarawak (PVTMS) Apabila Kita Sudah Ada Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM)

Kuantan
Selasa, 1 Okt 2013

Saya ingin menyeru kepada semua anggota bekas tentera daripada Tentera Darat dan Udara agar tidak menyertai PVTMS yang ditubuhkan untuk kepentingan angota-anggota bekas Tentera Laut Malaysia semata-mata.

Setelah terbaca ruangan tahniah di dalam Borneo Post rasa terpanggil untuk menulis serta memberi ingatan kepada semua rakan-rakan bekas tentera baik pegawai ataupun daripada lain-lain pangkat.


 
Bukittnggal.Com. Kepada bekas pegawai dan anggota ATM kenapa harus menyertai PVTMS yang ditubuhkan oleh bekasa anggota TLDM sebab kita sudah ada PBTM.
 

Di kebelakangan ini saya dapati ada satu persatuan bekas Tentera Laut yang berpengkalan di Sibu yang cuba mengembangkan persatuan ke lain-lain bahagian seperti ke Kuching, Samarahan dan yang terbaharu ke Bahagian Limbang. Persatuan yang menamakan diri mereka sebagai Persatuan Veteran Tentera Malaysian Sarawak (PVTMS) sebenarnya adalah persatuan yang mewakili bekas anggota Tentera Laut Malaysia tetapi oleh kerana kekurangan anggota (pada pendapat saya) telah menggunakan nama veteran tentera, demi untuk mendapat jumlah keahlian yang ramai dengan yang demikian boleh mendapat geran kerajaan yang lebih banyak.

Bekas tentera di Sarawak seharusnya tidak terpengaruh dengan pujukan PVTMS untuk  menyertai persatuan berkenaan kerana kita sudah ada PBTM yang telah diiktiraf oleh kerajaan. Sekiranya bekas anggota TLDM mahu menubuhkan PVTMS lantaklah mereka. Tetapi kepada bekas-bekas tentera terutamanya bekas anggota TD seharusnya bijak menilai serta befikir kenapa harus meninggalkan PBTM yang mewakili dan diwakili oleh bekas TD untuk menyertai PVTMS yang mewakili serta diwakili oleh bekas anggota TLDM.

Untuk mendapat gambaran yang lebih jelas lagi, di sini saya ingin berkongsi keratan Ucapan Tahniah PVTMS sempena HAT. Daripada senarai ahli-ahli serta barisan kepimpinan PVTMS kita akan dapati bahawa majoriti daripada mereka adalah terdiri daripada bekas pegawai serta anggota-anggota TLDM. Jadi kepada anggota serta pegawai-pegawai bekas tentera terutamanya daripada Tentera Darat tepuk dada tanya selera.

Daripada sumber risikan Bukittunggal.com, sebelum penubuhan PVTMS, anggota serta bekas pegawai TLDM di Sibu telah menubuhkan Persatuan Bekas Tentera Laut DiRaja Malaysia (PBTL) tetapi kenapa akhirnya mereka menubuhkan PVTMS. Jawabannya ringkas untuk menambahkan bilangan ahli persatuan. Di Sibu atau di Sarawak ada berapa orangkah bekas anggota TLDM kalau dibandingkan dengan bekas anggota Tentera Darat. Jadi dengan penambahan bilangan anggota baka lebih banyaklah peruntukan geran yang boleh diperolehi oleh mereka. Tetapi oleh kerana persatuan ini pada dasarnya adalah untuk kebajikan bekas anggota TLDM, jadi tidak hairanlah kebanyakan bantuanpun akan disalurkan kepada bekas anggota TLDM.

Jadi oleh yang demikian demi perpaduan di kalangan bekas pegawai dan anggota Tentera Darat, saya ingin berpesan agar tuan-tuan tidak meninggalkan PBTM yang memperjuangkan kebajikan kita semua dan menyertai PVTMS yang cenderung   hanya memperjuangkan kebajikan anggota daripada satu cabang ATM sahaja iaitu bekas anggota TLDM.  

Kepada anggota PVTMS terutamanya yang terdiri daripada kaum Iban, cuba kaji keanggotaan Pemegang Jawatan di dalam PVTMS, di manakah kedudukan kelian? Tepuk dada tanya selera!

Mupok Aku

"Agi Idup Agi Ngelaban"



Comments :

0 comments to “ Mengapa Perlu Ada Persatuan Veteran Tentera Negeri Sarawak (PVTMS) Apabila Kita Sudah Ada Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) ”

Post a Comment

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin

BlogTopsites

Politics Blogs - Blog Top Sites

Alexia Rank

Technorati

BlogSearch Engine

BlogRanking

Politics Blogs - Blog Rankings