Remaung6renjer

Nuffnang

Sunday, September 2, 2012

Terima Kasih TV3 Kerana Telah Mendedahkan Perbuatan Kerajaan BN

Sunday, 2nd September 2012
Kuantan



Diharap Pendedahan TV3 Dapat Membuka Mata Rakyat Sarawak

 Sebagai rakyat jati negeri Sarawak, sekali baca rencana yang disiarkan di Malaysiakini merasa teramat marah kerana keceluparan mulut pemberitanya iaitu Nurul Syuhada yang menggelar bandar Bintulu sebagai daif, tetapi apabila diteliti dengan bersungguh-sungguh, saya merasa berterima kasih kepada Nurul kerana telah mendedahkan perbuatan buruk kerajaan Barisan
Nasional terhadap rakyat Sarawak serta bandar Bintulu khasnya.

Nurul Syuhadah seperti penduduk Semenanjung Malaysia yang lain sememangnya beranggapan bahawa Sarawak adalah sebuah negeri yang mundur. Kebanyakan mereka tidak mengetahui bahawa Sarawak merupakan pengeluar minyak serta gas asli utama Malaysia. Yang mereka tahu adalah minyak Malaysia dihasilkan oleh PETRONAS dan bukan Sarawak. 



Nurul (gambar atas) di dalam sebuah rancangan terbitan TV3 telah secara spontan mengatakan bahawa Bintulu merupakan sebuah bandar yang daif. Kenyataannya telah menimbulkan kemarahan rakyat Sarawak. Di antara mereka yang menyuarakan rasa marah mereka terhadap Nurul adalah Pemuda PAS Sarawak.


Pemuda PAS Sarawak berkata, kenyataan oleh Nurul Syuhada Nurul Ain semasa lintas langsung stesen itu kelmarin " benar-benar mengguris hati rakyat Sarawak".

"Kenyataan spontan mengenai kedaifan Bintulu ini menunjukkan ketidakpedulian pengacara TV3 tersebut, yang juga merupakan seorang wartawan. 

"Jika kualiti kewartawanan di TV3 adalah sebegini rendah, tidak hairanlah berita-berita di TV3 setaraf berita kedai kopi, penuh fitnah dan tangkap muat," kata Ketua Pemuda PAS Sarawak Mohd Arifiriazul Paijo.


Bintulu juga bakal menjadi tuan rumah perayaan sambutan Hari Malaysia peringkat kebangsaan pada 16 September ini.

Dalam kenyataannya terbaru beliau , Mohd Arifiriazul berkata, hakikatnya, Bintulu, merupakan bandar ketiga terbesar di Sarawak dan merupakan hub industri LNG di Sarawak yang menjadi penyumbang utama pendapatan negara.

"Kami menggesa pihak TV3 memohon maaf atas ucapan semberono pengacara mereka mengenai Bintulu. 

"Kami menasihatkan pihak TV3 mewajibkan kerja rumah kepada semua wartawan mereka sebelum menerbitkan sesuatu berita," katanya.

Bagaimanapun, dewan itu berpendapat, isu itu timbul kerana kerajaan negeri didakwa gagal membangunkan Sarawak sehingga dilabel daif. 

"Masyarakat umum masih menganggap Sarawak sebagai negeri miskin dan daif, kecuali di kawasan bandar seperti Kuching. Ini merupakan satu persepsi umum yang ada benarnya," katanya.

Semoga Kenyataan Nurul Dapat Membuka Mata Rakyat Sarawak

Adalah diharapkan pendedahan yang dibuat oleh TV3 serta Nurul khasnya akan dapat membuka mata penduduk Sarawak tentang sejauh mana kekayaan negeri ini telah dirompak oleh kerajaan BN untuk kemajuan di Semenanjung sehingga tempat sendiri di dalam keaadaan yang serba kekurangan serta daif.



Mupok Aku





Comments :

1
Unknown said...
on  
P

JIKA ANDA BUTUH ANGKA GHOIB/JITU 2D.3D.4D YG DI JAMIN TEMBUS 100% DI PUTARANG SGP/HKG SILAHKAN SAJA ANDA TLP KY JAYA DI NOMOR 085-342-064-735 TRIMAH KASIH

Post a Comment

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin

BlogTopsites

Politics Blogs - Blog Top Sites

Alexia Rank

Technorati

BlogSearch Engine

BlogRanking

Politics Blogs - Blog Rankings