Remaung6renjer

Nuffnang

Wednesday, November 16, 2011

Hanya Pemimpin Sabah Yang Bangkit Menentang PERKASA

Kuching
Wednesday, 16th Nov 2011

Orang macam ini tidak layak bermastautin di bumi berbilang kaum seperti Malaysia!


Di Dewan Rakyat Presiden PERKASA terkedu apabila soalan berkenaan desakan PERKASA mengharamkan guru beragama Kristian daripada mengajar di sekolah-sekolah kerajaan diajukan oleh pemimpin dari Sabah iaitu Bumburing yang juga timbalan presiden Pertubuhan Pasok Momogun Kadazandusun Bersatu (Upko) . Tapi yang hairannya kenapa pemimpin-pemimpin beragama Kristian daripada Sarawak berdiam diri.

Melihat daripada sepanduk yang dikibarkan oleh ahli PERKASA yang menuntut agar guru-guru beragama Kristian tidak dibenarkan mengajar di sekolah kerajaan darah saya berderau kerana terlampau marah  melihat  tindakan eksterim pertubuhan pimpinan Ibrahim Ali ini. Kalau kerajaan tidak mengharamkan pertubuhan ini, saya percaya di dalam masa kurang dari 5 tahun, Malaysia akan hancur atau paling kurang akan jadi macam Afghanistan atau negara-negara Islam yang lain.

Saya tidak pernah membayangkan bahawa di Malaysia pertubuhan yang bertindak sehingga menyebabkan kemarahan rakyat Malaysia daripada Agama Kristiann tidak diharamkan oleh kerajaan. Kalau dibuat perbandingan di antara BERSIH 2.0  dan PERKASA pertubuhan yang manakah yang eksterim dan bersifat perkauman? Ya, saya bersetuju dengan pembaca yang lain, iaitu PERKASA. Tetapi yang peliknya kenapa BERSIH 2.0 yang diharamkan dan tidak PERKASA. Saya juga ingin ajukan persoalan yang sama kepada Keris Mudin menteri yang bertanggungjawab mengharamkan BERSIH 2.0.

Mengulas tentang isu cadangana pengharaman guru beragama Kristian ditempatkan di sekolah-sekolah kerajaan oleh PERKASA, Ibrahim Ali mengulas berikut :-

Saya presiden PERKASA. Kami tidak pernah membuat gesaan ini, seperti ditegaskan semasa ucapan dasar AGM baru-baru ini, kami berjuang untuk keharmonian kaum. 


Seterusnya beliau cuba berdalih dengan berkata :-


"Saya percaya ini adalah satu soalan jahat dan tidak bertanggungjawab yang dibuat oleh mereka bagi mencipta pelbagai cerita dalam media baru. Ataupun ia telah dibuat oleh individu-individu tertentu sebagai pandangan peribadi mereka.
Tapi boleh ke kita percaya kepada Ibrahim Ali yang mempunyai peribadi yang penipu? Cuba lihat sendiri poster di bawah yang menunjukkan dengan jelas seruan PERKASA yang mengharamkan guru beragama Kristian daripada mengajar di sekolah-sekolah kerajaan :-

Ini berlaku di malaysiakah atau di Selatan Thailand atau Indonesia?

Suasana ini nampak asing berlaku di bumi Malaysia

Ah...Kenapa Keris Mudin tidak bertindak? Masih tidak jelaskah bahawa isu-isu sensitif sedang dibangkitkan?

Kita ingin mendengar pendirian pemimpin yang beragama Kristian terutamnya yang berasal dari Sarawak berkenaan dengan isu ini. Kita juga ingin tahu kenapa pemimpin-pemimpin ini masih berdiam diri? Di manakah semangat perjuangan "Agi Idup Agi Ngelaban" ? Adakah kedudukan lebih penting daripada membela bangsa sendiri daipada serangan pihak eksterim seperti PERKASA?

Mupok Aku


Comments :

2 comments to “ Hanya Pemimpin Sabah Yang Bangkit Menentang PERKASA ”
Anonymous said...
on  
P

Cos most Sarawak leaders and Politicians area traitors. They are already possesed by Evil and Satan. They have placed in Sarawak, but not Heaven.

Anonymous said...
on  
P

tak habis-habis bodoh dia org ni..cubalah balik rumah jaga anak bini...buang masa nak layan diaorang ni..

Post a Comment

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin

BlogTopsites

Politics Blogs - Blog Top Sites

Alexia Rank

Technorati

BlogSearch Engine

BlogRanking

Politics Blogs - Blog Rankings