Remaung6renjer

Nuffnang

Wednesday, September 14, 2011

Sejarah Malaysia Mengajar Kita Untuk Membunuh Kalau Hendak Jadi Seorang Nasionalis

Kuching
Wednesday, 14th September 2011


Semenjak dari menengah rendah lagi kita telah diajar bahawa seorang pembunuh boleh menjadi seorang Nasionalis Sejati.

Nama seperti Maharajalela dan Rosli Dhoby merupakan nama-nama yang tercatat di dalam buku sejarah Malaysia sebagai contoh nasionalis yang harus disanjung tinggi.

Peristiwa Pembunuhan Kejam JWW Birch


Mengikut catatan sejarah, Dato' Maharaja Lela bersama-sama Orang Kaya Kaya Seri Agar Diraja Ngah Kamdin (Dato' Sagor) dan pembesar-pembesar negeri lain telah bermesyuarat di Durian Sebatang pada 21 Julai 1875 untuk merancang pembunuhan JWW Birch. Mesyuarat ini telah di pengerusikan oleh Raja Abdullah sendiri.

Pada 15 Oktober 1875 Gabenor Negeri Selat William Jervois telah mengishtiharkan pemerintahan ke atas negeri Perak. Dato Maharaja Lela telah membina kubu di Pasir Salak dan bersedia untuk berperang. JWW Birch dan askar-askar termasuk jurualih bahasa iaitu Mat Arshad telah ke Pasir Salak pada 1 November 1875 untuk melaksanakan pengishtiharan tersebut. Mat Arshad dan pengikutnya yang diarahkan oleh JWW Birch untuk menampal pengishtiharan di Pasir Salak telah membangkitkan kemarahan penduduk Pasir Salak dan Kampung Gajah. Pandak Indut ( .... bapa mertua Dato Maharaja Lela) telah membunuh Mat Arshad dan seterusnya penduduk Pasir Salak telah mengamuk dan menyerang JWW Birch dan askarnya. Melalui serangan tersebut JWW Birch telah ditetak Si Puntung (orang suruhan Dato' Maharaja Lela yang di percayai orang asli). Berikutan peristiwa tersebut Dato' Maharaja Lela telah diburu dan setelah setahun akhirnya Dat' Maharaja Lela berjaya ditangkap oleh British. Dato Maharaja Lela telah di jatuhkan hukuman gantung sampai mati pada 20 Januari 1877  atas kesalahan jenayah merancang pembunuhan tersebut.
"Nasionalis" pembunuh kedua yang ingin saya kongsikan adalah penjenayah dari Sarawak iaitu Rosli Dhoby.

Rosli Dhoby : Nasionalis atau Penjenayah
 

Rosli Dhoby merupakan seorang penjenayah dari Sarawak yang  berketurunan Melanau.
Rosli didapati bersalah menikam sampai mati Gabenor British Sarawak yang kedua, Sir Duncan Stewart dengan menggunakan pisau beracun di Sibu pada 3 Disember 1949. Selepas beberapa bulan dalam penjara di Kuching, Rosli akhirnya maut di tali gantung pada 2 Mac 1950. Turut sama digantung adalah rakan seperjuangannya Morshidi Sidek, Awang Ramli Amit Awang Matsaruddin dan Bujang Suntong.Kematian mereka berempat telah menyebabkan gerakan penentangan anti-kolonialis di Sarawak berakhir secara mendadak. Mereka semua dikebumikan di situ juga, di Penjara Pusat Kuching, tanpa batu nisan di bawah tembok perkarangan penjara.

Kesimpulan

Daripada catatan di atas adalah jelas bahawa kedua-dua tersebut iaitu Datuk Maharajalela serta Rosli Dhoby merupakan penjenayah yang melakukan jenayah berat iaitu membunuh seseorang. Sekiranya peristiwa ini berlaku pada zaman sekarang, sudah pasti kedua-duanya akan dituduh sebagai pembunuh serta dijatuhkan hukuman mati. Perkara kedua yang ingin saya bangkitkan adalah tindakan pengecut kedua-dua watak di atas yang membunuh secara kejam mangsa mereka dan bukannya melalui peperangan. Salah satu contoh watak nasionalis yang bagus dijadikan contoh adalah Panglima Rentap. Rentap melawan Brooke secara konvensional dan bukan secara pengecut macam Maharajalela serta Rosli Dhoby.
Perbuatan Datuk Maharajalela serta  Rosli Dhoby boleh disamakan dengan perbuatan terorris yang terlibat di dalam peristiwa 9/11 yang menimpa Amerika Syarikat. Bolehkah kita mengangkat terorris Muslim yang terlibat dalam serangan 9/11 sebagai nasionalis sejati. Sekiranya jawapannya adalah tidak, maka Datuk Maharajalela serta Rosli Dhobi juga seharusnya tidak digelar sebagai nasionalis. Sebaliknya sejarah hendaklah ditulis semula dan menggelar metreka sebagai penjenayah.
Mengangkat Datuk maharajalela dan Rosli Dhoby sebagai nasionalis adalah perbuatan yang menentang arus. Apa sahaja alasan oleh kedua-duanya untuk membunuh mangsa masing-masing  iaitu manusia yang tidak berdosa seharusnya dikutuk serta dijatuhkan hukuman berat. Perbauatan pihak British yang telah menjatuhkan hukuman mati kepada kedua-dua penjenayah di atas adalah tindakan yang wajar.
Untuk mengelakkan pelajar-pelajar sekolah daripada menjadi penjenayah seperti Datuk Maharajalela serta Rosli Dhobi , kerajaan seharusnya membetulkan fakta sejarah ini, iaitu mengekalkan tuduhan sebagai penjenayah kepada kedua-duanya.
Mupok Aku

Comments :

5 comments to “ Sejarah Malaysia Mengajar Kita Untuk Membunuh Kalau Hendak Jadi Seorang Nasionalis ”
Anonymous said...
on  
P

British yang banyak membunuh orang-orang melayu kerana menentangnya tu eloklah kita sanjung sebagai wira negara....

Anonymous said...
on  
P

bullshit.....nak paparkan komen pun tak berani ka.....usah jadi blogger la boy...

Anonymous said...
on  
P

lepas ni suruh panglima rentap dan seluruh keturunan dayak yg memerintah malaysia..agaknyer baru blogger ni puas hati..

Anonymous said...
on  
P

apa rujukan yang kamu guna nie? tengah buat cerpen ke?buat tanpa merujuk, lepas tu beri pandangan sendiri.mereka pejuang. cuba kamu selidik balik rujukan yang tepat.mereka pejuang, bukan penjenayah.

Anonymous said...
on  
P

Saya cadangkan anda membaca dengan sepenuhnya buku2 sejarah yang berkaitan dengan peristiwa2 tersebut supaya anda faham sepenuhnya. Mereka adalah pejuang bangsa dan negara yang sebenar, sanggup menggadaikan nyawa. Mereka ini adalah wira dalam banyak peristiwa. Untuk buku2 Dato Sagor, memang ada. Dato Sagor dan Dato Maharajalela sanggup berbuat apa sahaja demi negeri dan sultan. Saya berpendapat pahlawan2 ini sepatutnya mendapat lebih penghargaan dari kerajaan.

Post a Comment

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin

BlogTopsites

Politics Blogs - Blog Top Sites

Alexia Rank

Technorati

BlogSearch Engine

BlogRanking

Politics Blogs - Blog Rankings