Remaung6renjer

Nuffnang

Sunday, July 18, 2010

Polis Tembak Rakyat Lagi

Kuching
Sunday, 18th July 2010



ATAS ALASAN MEMPERTAHANKAN DIRI POLIS MELEPASKAN TEMBAKAN

Penduduk Sibu telah dikejutkan dengan peristiwa pihak  polis menembak seorang remaja berumur 16 tahun atas alasan mempertahankan diri. Peristiwa ini telah berlaku di bandaraya Sibu pada  17 Julai 2010 jam lebih kurang 11.20 malam.
Mengikut laporan yang diterima oleh Bukittunggal.com, semasa kejadian polis telah ternampak remaja berkenaan yang bernama Zulfikar sedang berlari keluar daripada sebuah kedai minuman dengan memegang sebilah parang. Dua  orang anggota polis yang yang masing-masing berpangkat lans korporal dan Korporal daripada D7 telah berjaya mengejar remaja berkenaan . Melihat kehadiran dua anggota polis, remaja tersebut telah mencampakkan parang yang dipegangnya.
Mengikut laporan, apabila melihat salah  seorang anggota polis yang cuba menghampirinya tergelincir dan terjatuh, dia telah dipercayai mengambil parang tersebut dan cuba untuk mencederakan anggota polis berkenaan. Semasa inilah salah seorang daripada anggota polis telah melepaskan tembakan dan mengenai dadanya.
Buat masa sekarang remaja tersebut sedang dimasukkan di hospital Umum Sibu dan berada di dalam keadaan stabil.
Rakyat bukanlah tidak mempercayai PDRM sepenuhnya, tetapi dengan apa yang berlaku di kebelakangan ini di mana pihak polis telah melepaskan tembakan dengan sewenang-wenangnya terhadap rakyat atas alasan mempertahankan diri,  membuatkan rakyat merasa takut dan tidak selamat di tangan polis.
Ini bukanlah kes pertama yang melibatkan pihak polis menembak rakyat yang sekadar menggunakan parang dengan "maximum use of force" (Penggunaan kekerasan yang maksima, iaitu istilah tembak untuk membunuh atau Shoot to Kill) sehingga menyebabkan kematian atau kecederaan parah.
Sebelum peristiwa di Sibu ini, pada tahun 2009 hingga awal tahun ini  telah berlaku 3 peristiwa di mana pihak polis telah menggunakan kekerasan maksimum dan tidak munasabah terhadap rakyat.

Tiga Kes Di Mana Polis Tembak Rakyat Sepanjang Tahun 2009 dan Awal Tahun 2010

Pada tahun 2009 dan pada  awal tahun ini,  telah berlaku tiga (3) kes/peristiwa di mana pihak polis telah menembak rakyat yang tidak merbahaya atas alasan mempertahankan diri serta menjalankan tugas. Peristiwa pertama berlaku di Johor di mana seorang remaja yang bernama Mohd Afham Arin,berusia 18 yang disangka pencopet telah mati ditembak polis pada 20 Oktober 2009. Kejadian kedua pula  berlaku pada 16 April 2009 lebih kurang jam 12.30 pagi di Seksyen 7, Shah Alam yang melibatkan seorang belia bernama Sharil Azlan Ahmad Kamil yang berusia 25 tahun. Menurut beliau yang bekerja sebagai operator di Port Kelang semasa kejadian beliau bersama rakannya di dalam perjalanan ke Kapar setelah berhenti minum di Sekyen 7 Shah Alam telah terjumpa dengan sekatan jalan raya. Takut kena saman oleh kerana cukai jalannya telah luput dia telah cuba berpatah balik tetapi di dalam proses berkenaan keretanya telah ditembak oleh polis.Dia telah terkena tembakan bertalu-talu oleh pihak polis. Kes ketiga dan yang paling kontroversi berlaku pada 26 April 2010 di Shah Alam Selangor dimana remaja yang berusia 14 tahun, Aminulrasyid Amzah telah ditembak oleh polis secara kejam. Mengikut kawan Aminulrasyid yang turut berada di dalam kenderaan yang ditembak oleh polis, semasa kejadian mereka berdua sedang di dalam perjalanan pulang dari minum di gerai berhampiran.
Kes Polis Menembak Remaja di Sibu Seharusnya Dijadikan Pelajaran Oleh Polis

Apabila seseorang itu telah sanggup untuk menjadi anggota polis, beliau seharusnya bersedia untuk mengahadapi bahaya. Bahaya ini seharusnya dihadapi secara profesional dan bukan membabi-buta. Rakyat melihat apa yang berlaku dan akan bertanya adakah wajar polis melepaskan tembakan yang boleh membunuh? Kalau sekadar mempertahankan diri adakah perlu melepaskan tembakan di bahagian badan yang boleh membunuh? Dan adakah wajar ancaman remaja atau budak sekolah dilayan seperti menghadapi penjenayah berat seperti Botak Chin?
Pada pemerhatian saya, pihak polis seharusnya menjalankan siasatan yang telus terhadap anggota polis yang bertanggungjawab melepaskan tembakan tersebut. Dan sekiranya beliau didapati bersalah, beliau perlu dijatuhkan hukuman yang setimpal . Di samping itu, selepas habis habis menerima hukuman  dan masih lagi berkhidmat di dalam PDRM, hendaklah dilatih menembak serta mempelajari "rule of engagement" sebelum dibenarkan menggunakan senjata api.
Rakyat jelata sangat mengharapkan perlindungan polis. Tapi dalam keadaan sekarang, rakyat masih ragu lagi  dengan keberanian serta tahap kompeten anggota polis di dalam melaksanakan tugas mereka. Rakyat berharap agar anggota polis sentiasa menaikkan tahap profesionalime serta kompeten mereka dari masa ke semasa.
Suruhanjaya Diraja Penambahbaikan Perjalanan dan Pengurusan Polis Diraja Malaysia  seharusnya melaksanakan cadangan yang telah dicadangkan seperti cadangan pengwujudan dan pelaksanaan Kod Etika yang sesuai serta peralihan daripada paradigma "Pasukan" kepada perkhidmatan  dan bukan sekadar melaksanakan cadangan kenaikan gaji polis semata-mata.

Mupok Aku

AGI IDUP AGI NGELABAN

Comments :

0 comments to “ Polis Tembak Rakyat Lagi ”

Post a Comment

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin

BlogTopsites

Politics Blogs - Blog Top Sites

Alexia Rank

Technorati

BlogSearch Engine

BlogRanking

Politics Blogs - Blog Rankings