Remaung6renjer

Nuffnang

Friday, July 2, 2010

Masyarakat Antarabangsa Diharap Meminggirkan Kerajaan Malaysia Terajui Barisan Nasional

Kuching
Jumaat, 2hb Julai 2010


Kerakusan Kerajaan Terajui Najib seharusnya Dipinggirkan oleh Masayarakat Antarabangsa

Saya merasa marah dengan kerakusan kerajaan Barisan Nasional yang sewenang-wenangnya menggunakan ajensi kerajaan untuk menganiayai parti pembangkang. Perkara ini memang telah lama berlaku tetapi ianya semakin ketara semenjak kekalahan BN di dalam Pilihan Raya Umum yang ke-12 (PRU12) pada tahun 2008 yang lepas.
Tetapi apa yang lebih merisauklan apabila jabatan-jabatan dan ajensi-ajensi kerajaan serta pihak istana telah dilibatkan sama  oleh BN. Apa yang berlaku di Perak di mana Malaysian Anti Corruption Commission (MACC) telah membuat perangkap untuk "mengenakan" dua wakil rakyat dari parti Keadilan Rakyat, yang mana akhirnya kedua-dua mereka telah mengistiharkan diri keluar daripada PR dan menyokong BN . Perbuatan mereka ini telah menyebabkan kejatuhan kerajaan PR di Perak. Keadaan menjadi bertambah teruk dengan kesediaan Sultan Perak melantik Zambri sebagai Menteri Besar .


Pemimpin Rakus  yang bakal Menghancurkan Malaysia. Masyarakat Antarabangsa Seharusnya Meminggirkan Kerajaan Pimpinan Pemimpin Yang Rakus Ini

Di Selangor, sekali lagi MACC telah memainkan peranan untuk menjatuhkan kerajaan PR tetapi setakat ini mereka masih belum berjaya.
Kerakusan kerajaan BN semakin menjadijadi dewasa ini. Yang terbaru sekali lagi melibatkan MACC dan juga Kementerian Dalam Negeri. Semalam telah dilaporkan bahawa dua alhi DUN Selangor telah disiasat oleh MACC.


White Haired Rajah mempunyai kekayaan yang tidak munasabah, tetapi sampai sekarang masih tidak disiasat oleh MACC..Butakah Mata , Pekakkah  Telinga MACC sehingga sekarang masih gagal untuk bertindak?


Tetapi apa yang menghairankan, sampai sekarang MACC masih tidak bertindak terhadap kekayaan yang tidak menasabah yang dimiliki oleh Taib Mahmud walaupun berpuluh-puluh laporan telah dibuat terhadapnya.
Semalam juga menyaksikan kezaliman oleh Kerajaan Barisan Nasional, kali ini melibatkan Kementerian Dalam Negeri yang diketuai oleh KerisMuddin. Semalam KDN telah tidak menyambung Permit Penerbitan  Suara Keadilan iaitu akhbar Resmi Parti Keadilan Rakyat. Suara Keadilan telah dikenakan tindakan atas rencana muka depannya yang bertajuk "FELDA AKAN BANGKRAP". Yang menghairankan kenapa Utusan Malaysia (iaitu akhbar milik UMNO) sampai sekarang tidak pernah dikenakan sebarang tindakan atas  penyiaran berita-berita atau rencana-rencana yang bersikap perkauman? 
Nampaknya kerajaan Barisan Nasional semakin berani untuk menyalahgunakan kuasa. Sebagai seorang warga negara yang mencitai negara ini, dengan ini saya ingin menyeru  kepada  masyarakat antarabangsa agar meminggirkan Kerajaan Malaysia baik dari segi Diplomatik ataupun dari segi ekonomi.
Sekiranya masyarakat antarabangsa gagal untuk meminggirkan Malaysia;. Saya merasa khuatir bahawa negara ini akan menjadi negara yang akan diperintah secara kuku besi oleh Najib Tun Razak dan konco-konconya sekiranya masayarakat antarabangsa gagal bertindak.

Mupok Aku


AGI IDUP AGI NGELABAN

Comments :

0 comments to “ Masyarakat Antarabangsa Diharap Meminggirkan Kerajaan Malaysia Terajui Barisan Nasional ”

Post a Comment

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin

BlogTopsites

Politics Blogs - Blog Top Sites

Alexia Rank

Technorati

BlogSearch Engine

BlogRanking

Politics Blogs - Blog Rankings