Remaung6renjer

Nuffnang

Tuesday, November 6, 2012

BN Kecut Perut Melihat Kehadiran Puluhan Ribu Penyokong Pakatan Rakyat

Tuesday, 6th November 2012
Kuantan, Pahang

Najib Wajar Menjadi Kecut Melihat Kerjasama Pemimpin-Pemimpin PR


Puluhan ribu hadiri Himpunan Kebangkitan Rakyat walaupun hujan di Negeri Sembilan Pada Malam 3 November 2012

 Walaupun hujan lebat bermula jam 2 petang dan padang becak, ia tidak menghalang kira-kira 30,000 orang hadir dalam Himpunan Kebangkitan Rakyat di padang Taman Seremban Jaya, Negeri Sembilan malam 3 November 2012 yang lepas. Padang yang digenangi air dan berlumpur, tidak mematahkan semangat mereka berpayung dan berbaju hujan serta berdiri di tengah padang sewaktu hujan renyai bagi mendengar penjelasan isu-isu semasa daripada pemimpin Pakatan Rakyat.

Hujan Renyai Tidak Mematahkan Semangat Penyokong-Penyokong PR


Himpunan anjuran gabungan tiga parti dalam Pakatan Rakyat itu sebagai permulaan sebelum diteruskan di beberapa buah negeri bagi menyokong tuntutan mengadakan pilihan raya bersih dan adil. 
  "Kenapa kita memilih Negeri Sembilan, kerana ia negeri paling awal kita akan berkuasa dalam pilihan raya umum akan datang. Bila tiba mengundi, jam 7 malam (keputusan diumumkan), Wisma Negeri kita telah tawan,"
 kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu. 

 Wisma Negeri merupakan pusat pentadbiran kerajaan negeri itu yang dipimpin oleh Datuk Seri Mohamad Hassan Kata-kata pemimpin PAS yang mesra dipanggil 'Abang Mat' itu - juga merupakan pengarah program - diiringi tepukan dan sorakan hadirin yang hadir. 'Ayam sabung' PAS itu juga berkata perhimpunan seumpama itu, bakal diteruskan di Stadium Muhammad ke-IV di Kelantan pada 16 November ini sebelum diikuti di beberapa negeri mengikut zon - Pahang, Kedah, Johor dan Perak. 

Tanda-Tanda Bahawa BN Bakal Kehilangan Kuasa


 Perhimpunan itu juga kemudiannya, akan diteruskan oleh kepimpinan Pakatan di peringkat negeri yang melibatkan antaranya Melaka, Pulau Pinang dan Perlis, tambahnya. Mohamad Sabu berkata acara kemuncak perhimpunan tersebut akan diadakan di Stadium Bukit Jalil pada 12 Januari tahun depan dengan sasaran sebanyak sejuta rakyat akan berhimpun di situ.
 "Perhimpunan seluruh rakyat di Kuala Lumpur di antaranya menyokong tuntutan BERSIH, (dan) tuntutan rakyat (yang akan disertai) tidak kira (penyokong) Hijau (Lynas), Merah (royalti), Oren (Felda), Kuning (BERSIH) atau apa-apa warna sekalipun,"
 katanya. 

PR Bakal Berarak Ke Putrajaya


 Sebelum itu, ketua pimpinan Pakatan Rakyat Negeri Sembilan menyampaikan ucapan yang pada umumnya menyatakan kehadiran puluhan ribuan di situ sebagai indikasi bahawa Pakatan Rakyat mampu menguasai Wisma Negeri pada pilihan raya umum akan datang. Mereka adalah Pesuruhjaya PAS Mohd Taufek Abdul Ghani, Anthony Loke (Ketua DAP Negeri Sembilan) dan Datuk Kamarul Baharin Abbas (ketua pimpinan PKR negeri).
Sementara itu, dalam ucapannya, Anthony menegaskan DAP berjanji akan bertungkus-lumus untuk mengalah MCA, Gerakan dan MIC di kerusi yang ditandingi mereka pada pilihan raya umum akan datang.

 "Saya juga mahu tuan-tuan berjanji di mana kerusi PAS atau PKR bertemu Umno, adalah menjadi kewajipan kita untuk habiskan (kalahkan) Umno dan BN. Marilah sama-sama kita jatuhkan BN," 

katanya yang diirngi tepukan dan sorakan gemuruh hadirin. Beliau sekali lagi menempelak Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek yang didakwanya "biadap" dengan menghina Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan mengulangi janjinya untuk membelanya.

"Jika agama Buddha dihina (sekalipun), saya yakin pemimpin PAS juga akan mempertahankannya. Kalau agama Hindu dan Kristian dihina, saya yakin PKR akan mempertahankan. Kalau agama Islam dihina, DAP akan mempertahankannya katanya yang juga ADUN Lobak dan ahli Parlimen Rasah. 

Lambang Kerjasama Yang Utuh


 Ketiga-tiga mereka kemudiannya memeterai dengan membaca satu persefahaman untuk mendokong dan menjunjung Undang-undang Tubuh negeri serta Tonggak Nan9 iaitu janji untuk membela rakyat termasuk Orang Asal jika diberi kepercayaan mentadbir negeri itu. Selepas itu, Sasterawan Negara dan Pengerusi bersama BERSIH Datuk A Samad Said kemudiannya, mendeklamasikan puisi bertajuk 'Pelamin Kuasa' yang mendapat tepukan gemuruh para hadirin.

Nampak gayanya Najib serta konco-konconya makin hilang keyakinan untuk memenangi pilihanraya yang akan datang. Sekiranya BN kalah pada pilihanan Raya Umum ke-13, Najib bakal menempa sejarah sebagai PM Malaysia yang pertama digulingkan sari tampok pemerintahan oleh kuasa rakyat...Bukittunggal.Com

Mupok Aku

Saturday, October 13, 2012

Kerajaan BN Gunakan Wang Rakyat Untuk Kempen Burukkan Pembangkang

Saturday, 13th October 2012 
Kuantan, Pahang


 Kalaulah MACC diletakkan di bawah sebuah jawatankuasa bebas serta tidak di bawah telunjuk PM, Sudah Lama Najib serta Menteri Kabinetnya Masuk Penjara. Yang terbaru adalah pendedahan yang dibuat oleh Malaysiakini di mana kerajaan Najib telah menubuhkan sebuah Jabatan iaitu Jabatan Hal Ehwal Khas di bawah Kementerian Rais Yatim yang bertujuan untuk melaksanakan Perang Saraf terhadap PR. Tapi yang peliknya kenapa MACC masih tak bertindak? Buta?


Projek memburuk-burukkan pembangkang dengan jutawan George Soros -- seperti yang dilaporkan meluas oleh media sekarang -- telah dirancang oleh sebuah jabatan khas Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan sejak pertengahan tahun ini.


Melalui sebuah buku tebal Panduan Penjelasan Isu Semasa terbitan Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Ketua Umum PKR Awar Ibrahim didakwa mendapat dana spekulator mata wang dunia itu bagi menghadapi pilihan raya umum.

Dengan menonjolkan beliau sebagai ejen Yahudi Zionis, Soros melalui Institut Masyarakat Terbuka (OSI) didakwa mendanai Kumpulan Krisis Antarabangsa (ICG) yang disertai Anwar.

"... Anwar merupakan antara ahli majlis eksekutif ICG ... sebahagian besar (pemimpin) dalam ICG adalah berbangsa Yahudi," buku setebal 322 halaman itu dipetik.

"Soros mengkritik tindakan kerajaan Malaysia dan membela Anwar semasa beliau didakwa atas (tuduhan) salah guna kuasa."

Hubungan Soros-Anwar ini dimuatkan dalam bab "Kumpulan Krisis Antarabangsa (ICG) dan hubungan Zionis", satu daripada 22 bab yang disusun bagi menjawab isu dan program yang dibangkitkan oleh Pakatan Rakyat sehingga Jun lalu.


Bagi menggambarkan perhimpunan "BERSIH 3.0 itu kotor" pula, Anwar didakwa memulakan huru-hara pada 28 April lalu dan beliau sendiri disokong oleh ahli parlimen Australia yang pro-hubungan seks sejenis.

Isu-isu lain yang dimuatkan di bahagian ini termasuklah kontroversi Pusat Fidlot Nasional, himpunan BERSIH 3.0, pemerolehan Scorpene, loji pemprosesan nadir bumi Lynas, program Buku Jingga, kematian Teoh Beng Hock, durian runtuh Felda dan penyenaraian Felda Global Venture Holdings (FGV), tuntutan pelobi pendidikan Cina Dong Zong dan kritikan terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Buku yang ditulis dalam bentuk soal jawab ringkas ini turut memberikan perhatian khusus kepada Kelantan dan Sabah.

Sumpah PM tentang Altantuya

Isu-isu utama berkaitan negeri pimpinan PAS itu dimuatkan dalam tiga bab khas: tuntutan royalti petroleum, pencemaran air paip dan projek ladang rakyat.


Tiga bab lagi ditujukan bagi menjawab isu di Sabah: kebanjiran pendatang asing, tanah adat dan kempen "Sabah for Sabahans".

Bagaimanapun bab terakhir "tuduhan pembunuhan Altantuya (Shaariibuu)" tidak memakai format soal jawab atau penjelasan lengkap seperti bab-bab lain.

Ia hanya memuatkan sepenuhnya sumpah Perdana Menteri Najib Abdul Razak sewaktu menafikan pembabitannya dengan wanita Mongolia itu bersempena kempen pilihan raya kecil Permatang Pauh pada 2008.

Sementara 22 bab lagi disusun bagi menjelaskan dasar-dasar kerajaan dan senarai program yang dimajukannya.

Dibahagikan kepada tiga, bahagian pertama 'dasar-dasar negara' dimulakan dengan bab-bab berikut: Wawasan 2020, gagasan 1Malaysia, Rancangan Malaysia ke-10 dan program transformasi kerajaan (GTP).


Ia juga menjelaskan tentang Bajet 2012, skim Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), kempen kerajaan mengurangkan rasuah dan kadar jenayah serta langkah mengawal kenaikan harga dan program meningkatkan taraf hidup rakyat berpendapatan rendah.

Satu halaman diperuntukkan untuk menyenaraikan 20 tokoh paling kaya di Malaysia dengan kesimpulan: " ... orang Melayu hanya tiga orang (15 peratus) manakala Cina 16 orang (80 peratus) dan India seorang (5 peratus)."

Ia juga memuatkan statistik-statistik lain yang menunjukkan kemunduran Melayu dalam bidang ikhtisas (profesional), pemilikan ekuiti dan premis perniagaan.

Bab-bab ini diikuti dengan program memajukan bumiputera seperti Teraju sebelum melakarkan "kejayaan negara" di mata dunia.

50,000 naskhah dicetak

Malaysia digambarkan aman makmur walaupun penduduknya berbilang-bilang kaum dan agama; tidak seperti hura-hara yang dialami dalam krisis Asia Barat beberapa bulan kebelakangan.

Buku panduan berbahasa Melayu ini disediakan sebagai rujukan pegawai kempen JASA -- satu daripada beberapa badan utama gerak saraf kerajaan -- dan ia dibuka dengan petikan kata-kata Najib.


"Kebebasan bersuara yang dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan tidak sesekali bermaksud sebagai kewenangan hak kepada mana-mana pihak untuk membuat fitnah dan menghasut api kebencian."

Dalam kata pengantarnya, ketua pengarah JASA, yang juga pemimpin lama Umno, Fuad Hassan berkata buku ini disediakan bagi menjawab sebaran maklumat pantas melalui media Internet.

Pada Mac lalu, menteri penerangan, komunikasi dan kebudayaan Rais Yatim dilaporkan berkata sebanyak 50,000 naskhah akan dicetak, termasuk untuk rujukan orang awam di luar bandar.

Selain JASA, menurut beliau lagi, agensi-agensi yang merujuk buku panduan itu termasuklah Jabatan Penerangan, agensi berita rasmi Bernama dan Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Satu salinan buku ini diperolehi oleh Malaysiakini bulan lalu sewaktu menghadiri siri penjelasan JASA di Kuala Lumpur berhubung bantahan pindaan Seksyen 114A Akta Keterangan.

Edisi digital buku ini boleh juga diperolehi di laman web rasmi Jasa.

Walaupun bahan-bahan ini disediakan di antara selepas perhimpunan BERSIH pada hujung April lalu dan menjelang penyenaraian FGV akhir Jun, tidak dapat dipastikan bila ia mula dicetak dan diedarkan.




Mupok Aku


 

Nasharuddin Menghasut Dengan Mengatakan Bahawa DAP Mahu Jadikan Malaysia Negara Kristian

Saturday, 13th October 2012
Kuantan, Pahang

Kumpulan Siswa Islam Mendakwa Nasharuddin Memberi Ucapan Menghasut!

Adakah beliau menjadi Alat UMNO untuk Menyemai Perasaan Benci Pengundi Islam Terhadap PAKATAN?

Saya bersimpati dengan bekas Naib Presiden PAS ini yang telah diperalatkan oleh UMNO untuk menyemaikan perasaan takut pengundi Islam. Beliau telah mengulangi dakwaan Utusan Malaysia yang DAP akan menjadikan negara ini sebagai negara Kristian sekiranya menang pilihanraya. Sebagi orang Kristian, kita tidak pernah bercita-cita untuk menjadikan Malaysia sebagai negara Kristian. Yang kita minta adalah kebebasan beragama dijamin. Perkara ini telah dibuktikan di Kelantan iaitu salah satu negeri di bawah PAKATAN RAKYAT, di mana penganut Kristian serta Buddha serta lain-lain agama telah diberi kebebasan untuk mengamalkan agama masing-masing. Selain itu, yang kita perjuangkan adalah hak kaum pribumi (Native) adalah dijaga. kalau ada yang cuba menggugat hak ini....kita tidak takut untuk beri amaran...JANGAN CUBA. Apa yang berlaku di Sabah takkan terjadi di Sarawak! WWW.Bukittunggal.Com
Kumpulan mahasiswa Islam mendesak Majlis Syura PAS mengheret bekas timbalan presiden parti itu Nasharuddin Mat Isa ke tribunal hisbah kerana kenyataannya tentang kemenangan Islam sebelum ini.

Presiden Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) Syis Abdul Kadir mendakwa, kenyataan Nasharuddin bahawa "kemenangan Islam tak pernah dibantu orang kafir" mencemarkan nama Islam dan memberi tanggapan buruk kepada kepimpinan Islam.

"Tegasnya saya mendesak agar Majlis Syura PAS membawa Nasharuddin ke tribunal hisbah di atas kesalahan yang dilakukan serta memberi hukuman sekurang-kurangnya digantung keahlian PAS.

"Ini adalah demi menjaga keharmonian dan imej Islam," katanya.

Persatuan yang dekat dengan pembangkang itu juga berhujah, terdapat banyak kerjasama politik dan perkongsian kuasa dalam sirah yang membina kemenangan Islam, seperti konsep himayah, peristiwa hilful fudhul dan pembukaan kota Madinah,

"Apakah beliau benar-benar tidak menyoroti sirah Rasulullah SAW serta peranan dan keperluan tahaaluf siyasi (kerjasama politik) atau buat-buat jahil?" soal Syis.

Nasharuddin pada 9 Oktober lalu berlata seorang pemimpin parti itu pernah memberitahunya bahawa kemenangan Islam tidak pernah dibantu oleh orang kafir tetapi hanya oleh umat itu sendiri.
Dalam pembentangan di majlis wacana di Kuala Lumpur, Nasharuddin membangkitkan persoalan sama ada bukan Islam kini berbaik dengan umat Islam "untuk kesenangan bersama (marriage of convenience) dalam langkah percaturan politik singkat semata-mata untuk meraih sokongan di peti undi".

Akhlak pemimpin Islam

Dalam sidang media selepas itu, Nasharuddin juga berkata, beliau bersedia sekiranya dikenakan tindakan disiplin mengenai kenyataannya berhubung kerjasama antara PAS dan DAP.

Dalam kenyataannya hari ini, Syis juga berkata, secara realitinya, PAS perlu konsisten dengan kerjasama bersama PKR dan DAP untuk memastikan misi ke Putrajaya bukan sekadar polemik politik.

"Tidak cukup dengan penganjuran jelajah dan himpunan, namun apa yang lebih penting ialah memastikan tiada dalam kalangan kepimpinan PAS yang masih berfikiran kuno seperti Nasharuddin Mat Isa," katanya.

Beliau juga mempersoalkan kenyataan Nasharuddin berhubung isu 'doa Kristian' sebelum ini apabila membuat tuduhan tanpa bukti - tindakan yang didakwa mencemarkan imej Islam.
"Ia mencemar imej Islam apabila bekas kepimpinan tertinggi dan Majlis Syura gerakan Islam utama di Malaysia yang berkelakuan sedemikian.

"Apakah fitnah dan pecah belah itu akhlak seorang pemimpin Islam?" soalnya.

Nasharuddin sebelum ini mendakwa, satu majlis kesyukuran di Sarawak tahun lalu menganjurkan doa supaya "Malaysia menjadi negara Kristian" sempena meraikan kemenangan DAP selepas pilihan raya negeri.
DAP Sarawak bagaimanpun menafikannya dan mendakwa tuduhan itu berniat jahat dan tidak bertanggungjawab.


Mupok Aku

 

NGO Pro UMNO Hentam Najib?

Saturday, 13th Oct 2012
Kuantan, Pahang

Najib mengaku jumpa Soros

Najib Mengakui Menemui Soros : Pertemuan Apa?


Walau bagaimana benar serta apa sekalipun tujuan pertemuan Najib/Soros apabila ditanya semua NGO Pro BN masih dengan alasan bodoh mereka iaitu "Masih Belum Baca Laporan"...Sekarang bagai mana? Nak buat Laporan Polis untuk menyiasat Najib serta nak haramkan Najib untuk bertanding pada pilihanraya yang akan datang? Muntat enggau belik!

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengesahkan bahawa beliau bertemu dengan jutawan George Soros di New York dua tahun lalu.

Najib menegaskan pertemuan di Manhattan itu diadakan "atas permintaan dia" - yang pernah didakwa sebagai penyangak mata wang sewaktu krisis ekonomi Asia pada 1997.

"Ya, saya jumpa atas permintaan dia (Soros), dan selepas Tun Mahathir pun jumpa George Soros. Saya anggap itu tidak ada masalah, bagi saya nak jumpa George Soros.

"Yang penting apa yang dibincangkan. Jadi kita tak bincang nak menjatuhkan kerajaan atau mendapatkan kewangan dan sebagainya. Ia adalah kunjungan hormat yang biasa," katanya selepas diminta pemberita untuk mengesahkan pertemuan itu.

Ditanya apa yang dibincangkan dalam pertemuan tersebut, Najib yang juga pengerusi BN berkata:

"Ia adalah pertemuan antara dua pihak, ia adalah kunjungan hormat".

"Tidak ada salah, tidak ada niat jahat, dan tidak ada perkara yang perlu dibimbangi," katanya lagi.

Ditanya sama beliau menasihat Soros jangan membiayai kepada "kerajaan boneka", Najib berkata:

"Kami tidak bercakap mengenai perkara itu dan beliau tidak menyentuh mengenai perkara tersebut.

"Saya berjumpa dengannya kerana beliau mahu bertemu dengan saya. 

"Dan hakikatnya Tun Mahathir bertemu dengan beliau sebelum ini. Tak ada salah," katanya sambil menegaskan pertemuan tersebut adalah kunjungan hormat dan tidak ada masalah mengenainya.


Mupok Aku



 

Najib A Twisted Tongue Malaysia Prime Minister

Saturday, 13th October 2012
Kuantan, Pahang


Najib the Prime Minister of Malaysia in defending Musa Aman from corruption charges said it alright for UMNO to accept "donation" from others different from what he said when asked to comment on SUARAM....Sufficed to say "Najib a Twisted Tongue Prime Minister aka the son of the ex-Prime Minister of Malaysia".. 

A Statement By Twisted Tongue Prime Minister : People Of Sabah Should Punis Him!

When SUARAM admits to the claim that its received donation from outside the countries, all UMNO supporters inclusive its NGO such as PERKASA and Federal Territory Malay Veteran Association or popularly known as the  ex-army Goyang Buntut (Please don't use the word veteran in your association,  and being the ex-veteran myself  I urge you to use other name, your association is not qualified to associate yourself with veteran) fast to make police report. Yesterday Najib admitted that the RM40 millions which were claimed by the apposition as a bribe to Musa Aman were actually a donation to UMNO but short to  reveal who made the donation. But why neither PERKASA or the Goyang Buntut make a police report?

When SUARAM received donation from outside of Malaysia, one have to look at the context of the donation from various angles such as the reason and the sources of the donation. SUARAM admitted received the donation from sources without any conflict of interest. The donations were received from bodies which did not get any benefits from SUARAM or fo reason to get the business interest from SUARAM. Even then also  they had been condemned by UMNO or the  Barisan Nasional medias, way in and way out.  But if one look at the context of donation given to UMNO in which our Alantuya Prime Minister did not willing to reveal, it could be a kick back. The people of Sabah should not trust this Najib. He could  say whatever that he wanted to say because the police, the MACC and even the AG were under his controlled. If the money was not for Musa Aman  but for UMNO , it did  not mean that UMNO couldn't be charged. There are so many laws  such as money laundering, abuse of power etc where UMNO can be charged.  People of Sabah should outsmart this UMNO during the coming election. Do not trust Najib. Najib is no different from Mahathir. Mahathir had made Sabah native to become minority group, but under Najib he will take everything from Sabah. If the people of Sabah still give Najib you mandate, in another 5 years time, he will annexed the whole Sabah  just like what Mahathir did to Labuan.

To the people of Sabah, Vote for BN means vote for Sabah to become another Labuan!

Mupok Aku

 

Sunday, October 7, 2012

Kerajaan Hendak Seribu Daya Tak Hendak Seribu Dalih Untuk Mendakwa Taib Mahmud Kes Rasuah

Sunday, 7th October 2012
Kuantan, Pahang

Ketua Transparency International Malaysia Paul Low Mendakwa Anak Taib Boleh Di Dakwa

Pemimpin-Pemimpin Yang Mempunyai Kekayaan Yang Tidak Munsabah Boleh Didakwa Sekiranya Akta SPRM Dipinda -Paul Low

Paul Low mengulas tentang kelemahan pada Akta Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang mempunyai beberapa kelemahan serta menyusahkan untuk mendakwa mereka yang mempunyai kekayaan yang tidak munasabah seterusnya beliau mencadangkan agar Akta berkenaan dipinda.


"Mungkin apa yang terhadap dalam Seksyen 114A Akta Keterangan patut diguna pakai juga dalam Akta SPRM, yang menyebut pihak berkuasa boleh memaksa pihak yang memiliki jumlah kekayaan tidak dapat dijelaskan menunjukkan bagaimana ia diperoleh," katanya ketika dihubungi.

Seterusnya beliau mengulas kes yang sedang berjalan di Mahkamah Tinggi Syariah melibatkan anak ketua menteri Sarawak Mahmud Abu Bekir Abdul Taib dan bekas isterinya Shahnaz Abdul Majid di mana Shahnaz menuntut mutaah RM400 juta dan aset bersama hasil daripada 19 tahun perkahwinan mereka.

Menurut Paul, di bawah undang-undang sedia ada, SPRM tidak boleh mendakwa Bekir, walaupun kekayaan yang dimilikinya tidak boleh dijelaskan serta tidak lojik. Seterusnya beliau mempersoalkan bagaimana Bekir boleh mempunyai kekayaan sampai RM800 juta?

Beliau seterusnya mengulas sekiranya Akta SPRM dipinda, SPRM boleh memanggil  Shanaz untuk  memberikan bukti di mahkamah.

Mengapa saranan Paul tidak boleh dilaksanakan? Jawapannya ringkas; Untuk melindungi semua pemimpin BN. Sekiranya Akta ini di pinda serta SPRM dipindahkan daripada diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) ke Parlimen, majoriti wakil rakyat BN akan disumbat di dalam penjara. Di antara pemimpin-pemimpin BN yang akan disumbatkan di dalam penjara adalah Taib Mahmud (serta dengan adik-beradik, ipar-biras, anak-anak serta anak buahnya ) Musa Aman, Ketua Menteri Melaka serta beberapa orang pemimpin negeri di Semenanjung pasti akan menjadi penghuni penjara. Tapi walau bagai manapun orang yang paling merasa bahangnya adalah Ketua Menteri Sarawak. Beliau serta ahli keluarganya bakal memenuhkan penjara.

Tetapi kedurjanaan pemimpin BN ini tidak dapat dihapuskan selagi rakyat masih memilih ahli politik BN di dalam pilihan raya yang akan datang. Oleh itu, saya menyeru kepada rakyat Malaysia, sekiranya rasuah mahu dihapuskan di Malaysia, TOLONG JANGAN UNDI calon daripada Parti BN pada pilihanraya yang akan datang.

Cuba Tanya Diri Kita Soalan Ini " SEKIRANYA BEKIR ITU ANAK DATUK SERI ANWAR IBRAHIM SERTA TAIB MAHMUD ITU DSAI, AGAK-AGAKNYA APA YANG AKAN DI KATAKAN OLEH KERISMUDDIN SERTA ALANTUYA?


Mupok Aku




 

Friday, October 5, 2012

Pegawai SPRM Berdalih Dengan Beralasan Taib Tiada Melakukan Rasuah

Friday, 5th Oct 2012
Kuantan, Pahang

Anak dapat projek, tiada bukti Taib salah guna kuasa

Kalaulah dia ini bukan anak Taib Mahmud, agak-agaknya dapat kah dia mencapai kekayaannya seperti sekarang? Satu soalan mudah serta dapat dijawab dengan mudah oleh pegawai-pegawai SPRM

Apabila SPRM dinaik taraf dari Jabatan ke sebuah Ajensi, panduan yang cuba diguna pakai adalah daripada kejayaan Independent Commission Against Corruption (ICAC) Hong Kong. ICAC yang telah ditubuhkan pada 1974 ditubuhkan untuk menangani masalah rasuah di Hong Kong. ICAC semenjak ditubuhkan telah berjaya menurunkan kadar jenayah di Hong Kong.

Berbalik kepada Malaysia, SPRM telah mulai beroperasi pada  1 Januari 2009 menggantikan Badan Pencegah Rasuah (BPR) Malaysia. Ia ditubuhkan melalui penggubalan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694) diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri.
Daripada struktur nya yang diletakkan di bawah JPM, sampai kiamatpun rasuah di Malaysia tidak akan dihapuskan seperti di Hong Kong, Australia serta negara-negara  lain.
Perkara ini dapat dibuktikan lagi dengan perbuatan rasuah pemimpin-pemimpin negeri yang kaya raya serta berbelanja berleluasa tetapi masih tidak diambil tindakan oleh SPRM. Yang terbaru yang didedahkan serta telah mendapat perhatian rakyat adalah pembongkaran nilai harta benda anak Taib Mahmud oleh bekas isterinya di mahkamah. Menurut dakwaan Shanaz iaitu bekas isteri Bekir, anak ketua Menteri Sarawak itu memiliki harta berjuta-juta Ringgit Malaysia. Walau bagaimanapun bukti kekayaan Taib didedahkan baik oleh orang-orang di sekelilingnya ataupun oleh pertubuhan atau orang perseorangan daripada luar negara, tetapi Taib masih kebal serta tindakan undang-undang tidak dapat ataupun masih tidak diambil. 
Cuba kita bayangkan sekiranya Bekir itu adalah anak Datuk seri Anwar Ibrahim (DSAI), atau anak Lim Kit Siang, ataupun anak kepada Karpal Singh, serta anak kepada Nik Aziz, maka akan berduyun-duyun lah NGO milik UMNO iaitu PERKASA membuat laporan kepada SPRM ataupun polis, dan keesokan harinya mulalah PDRM ataupun SPRM bertindak..Adakah itu tujuan penubuhan SPRM ataupun fungsi PDRM?

Berbalik kepada kekayaan Bekir ataupun Taib sendiri, pegawai SPRM mengatakan bahawa Taib tidak ada melakukan rasuah kerana dia tidak terlibat sebagai Komiti Tender Kerajaan. Tapi SPRM buta ke bahawa komiti adalah orang-orang Taib sendiri. malahan saya rasa yang lantik diorang itu adalah Taib sendiri.
Alasan lain adalah adakah pegawai SPRM buta atau telah dipegang telur mereka oleh boss JPM. Untuk maklumat semua, keluarga Taib adalah keturunan nelayan yang miskin. tapi lihat hari ini. Daripada adik-beradik, bapa saudara, sepupu, ipar, anak serta cucu Taib adalah mereka-mereka yang terkaya di Sarawak. bagaimana pula mereka ini menjadi kaya? Budak tahun 5pun akan berkata atau tahu bahawa taib menyalah guna kuasa serta rasuah. Jangan bagi tahu rakyat bahawa pegawai-pegawai SPRM lebih muntat daripada budak sekolah tahun 5 pula.

Saya ingin memetik kata-kata pegawai SPRM  yang dipetik oleh Malaysiakini memaklumkan  bahawa walaupun anak ketua menteri Sarawak Mahmud Abu Bekir menjadi kaya raya hasil manfaat daripada negeri, Peruntukan undang-undang sedia ada tidak membolehkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendakwa Tan Sri Taib Mahmud atas dakwaan salah guna kuasa. Menurut Timbalan Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Mohd Shukri Abdull berkata lagi  Taib sama ada mengisytiharkan kepentingannya atau tidak hadir semasa mesyuarat yang membuat keputusan menganugerahi projek negeri kepada Bekir dibuat.
Pegawai Kerajaan yang tidak dapat diharapkan. Takat IQ lebih rendah daripada pelajar tahun 5


"Berhubung anaknya, dan pengakuan (bekas) menantunya di mahkamah. Betul, dia menerima konsesi seperti balak, yang boleh dijual dan menghasilkan banyak wang.

"Tetapi dia mohon projek itu dan dapat. Bapanya tidak membuat keputusan, ia diluluskan oleh ahli exco (kabinet Sarawak). Ini kelemahan undang-undang," katanya ketika ditemui di Kuala Lumpur hari ini.

Itu di alasan lapuk yang sudah biasa kita dengar. daripada penyata di atas memang Taib ada melakukan rasuah. Sekiranya undang-undang SPRM ada kelemahan kenapa tidak dipinda. kalau melibatkan pembangkang mesti dapat dipinda serta merta punya. Lihat undang-undang DNA yang hendak diguna pakai untuk DSAI. Dalam masa singkat dapat dipinda.
Di samping itu, sekiranya SPRM tidak dapat bertindak, kenapa PDRM berdiam diri? Nak tunggu Taib meletak jawatan baru mahu ambil tindakan? Jangan lambat sebelum banyak lagi kekayaan jatuh kepada keluarga Taib.


Ajensi kerajaan sila jangan buta atau buat-buat BUTA!

Mupok Aku


 

Thursday, October 4, 2012

Banganngnya Asia Pacific Brands Foundation (APBF) Memilih Taib Sebagai Pemenang Ikon Kepimpinan

Thursday, 4th Oct 2012
Kuantan Pahang

Penjenayah Yang Diangkat Sebagai Pemimpin Dihargai Oleh Alat Propaganda BN


Taib Dipilih Sebagai Pemenang Ikon Kepimpinan Anjuran Asia Pacific Brands Foundation (APBF)

Kecewa dan marah sungguh perasaan ini kerana penyangak yang merompak negeri Sarawak diangkat sebagai pemenang Anugerah Ikon Kepimpinan Lagenda BrandLaureate 2012 .

Adalah jelas serkali  Asia Pacific Brands Foundation (APBF) tidak menghormati sesentiviti rakyat Sarawak.
BERNAMA melaporkan bahawa Anugerah tersebut dianjurkan oleh Asia Pacific Brands Foundation (APBF) dan disampaikan oleh Pengerusi APBF, Jen (B) Tan Sri Dr. Mohamad Hashim Ali dan Presiden BrandLaureate Dr. K.K Johan.

Majlis penganugerahan itu turut mengumumkan 41 lagi ikon BrandLaureate yang mewakili bidang masing-masing termasuk Ketua Pergerakan Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang menerima Anugerah Kepimpinan Ikon Wanita Sepanjang
Tahun 2012.

Beliau dipilih atas sumbangannya memperjuangkan hak wanita dan inisiatif dalam pelbagai program bagi membantu mempertingkatkan status wanita serta membuka peluang untuk golongan itu mencapai kemajuan.

Selain itu, jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei dipilih untuk Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat - BrandLaureate Hall of Fame dan penerjun wanita negara Pandelala Rinong menerima Anugerah Kepimpinan Ikon Jenama Grand Master.

Pada saya jelas sekali pertubuhan ini menganjurkan penganugerahan ini semata-mata untuk membersihkan nama pemimpin UMNO/BN yang korup sebagai persediaan untuk menghadapi pilihanraya. 
Taib perompak negeri Sarawak serta Sharizat perompak melalui projek Lembu....

Mupok Aku

 

Wednesday, October 3, 2012

Menantu Taib Dakwa Bahawa Taib Manusia Terkaya Di Malaysia

Wednesday, 3rd October 2012
Kuantan, Pahang

Adakah Pendedahan oleh Menantu Taib Ini Tidak Cukup Lagi Bagi MACC untuk Bertindak? Kepada MACC anda Jangan Pilih  Bulu. Kami Rakyat Sarawak Memerhatikan Ketelusan Anda!



Menantu Taib Sahkan Bahawa Taib adalah manusia terkaya di Malaysia ataupun di Asia Tenggara.

Sebagai rakyat Sarawak saya merasa terganggu apabila mengetahui bahawa AjensiAjensi kerajaan masih tidak mengambil tindakan terhadap Taib malaupun berbagai-bagi sumber telah mendedahkan tentang kekayaan beliau serta ahli keluarganya.
MACC ataupun polis perlu bertindak sekarang kerana mas Taib adalah terhad. Beliau yang telah berusia melebih 80 tahun bila-bila masa sahaja boleh meninggal. Sekiranya ini berlaku kekayaan haram beliau serta keluarga tidak dapat lagi dituntut serta dikembalikan kepada rakyat Sarawak.

Manusia Terkaya di Malaysia ataupun Di Asia Tenggara Hanya Sebagai Jawatan Ketua Menteri!

Memetik Laporan Malaysiakini, bekas menantu Taib iaitu Shahnaz Abdul Majid, 49, mendedahkan demikian semasa memberi keterangan berhubung aset bekas suaminya, Datuk Mahmud Abu Bekir Taib  hari ini. Dakwanya, Mahmud memiliki sebanyak 111 akaun di seluruh dunia, dengan jumlah deposit dianggarkan berjumlah RM700 juta.


Shahnaz mendakwa, Mahmud Abu Bekir memiliki akaun peribadi di Kanada, Amerika Syarikat, kepulauan Caribbean, Perancis, Monaco, Switzerland, Luxembourg, Malaysia dan Hong Kong.

Katanya, tuntutan mutaahnya sebanyak RM100 juta adalah kecil berbanding nilai aset bekas suaminya yang didakwa berjumlah RM1 bilion.

Dakwanya lagi, Mahmud memegang dua akaun peribadi di Edmond de Rothschild di Luxembourg dengan deposit berjumlah US$25 juta.

Beliau juga mendedahkan, bahawa bekas suaminya mempunyai dua akaun di bank sama di Switzerland dengan deposit berjumlah US$31 juta.


Kepada MACC, adakah inipun tidak mencukupi untuk mendakwa Taib? Kita rakyat Sarawak mencadangkan agar pihak atasan di MACC meletak jawatan sekiranya tidak dapat menjalankan tugas dengan telus.....

Mupok Aku

 

Saturday, September 29, 2012

Malaysia Budget 2013 : Najib Last Resort To Buying For Votes

Saturday, 29th September 2012
Kuantan Pahang

Vote Buying In Action


 After reading the Malaysia Budget 2013 Tabled by Najib, I did not see anything special about it other than concluded the budget was only meant for Vote Buying

 Highlight Of Malaysia Budget 2013



1. Bonus For Government Servants. PM announces bonus of one and a half months salary for civil servants and pensioners get RM500

2. Felda. Felda to spend RM100 million a year for education, skills training programme and scholarships for 5,000 new generation children

3. Internet Access. 100 1Malaysia Internet Centres from 2013 to 2015 in suitable areas in the city such as PPR locations with RM150 million

4. 10%  and 20% PTPTN Discount.  Repayment of full loan within a year effective from Oct 1, 2012 until Sept 30, 2013, will receive a discount of 20% on the loan. Consistent repayment of PTPTN loan in accordance to repayment schedule, will receive a 10% discount per annum on their repayment, effective Oct 1, 2012.

5. 1Malaysia Book Voucher  Increased By RM50.  1Malaysia Book Voucher programme for IPT and pre-uni students increased from RM200 to RM250.

6. RM 100 School Assistance to All Secondary and Primary School  Students. Government again to provide Schooling Assistance of RM100 to all primary and secondary students for 2013.

7. Rebate to Replace School Buses Older than 25 years. School bus operators has two years for RM10,000 cash rebate and a 2% interest rate subsidy on full BSN loans for new buses to replace those more than 25 years old with new 12 to 18-seater buses.

8. Individual Income Tax Rate Reduced by 1%. Individual income tax rate reduced by 1% point for each grouped annual income tax exceeding RM2,500 to RM50,000. The measure will remove 170,000 taxpayers from paying tax.

9.  Income Tax Saving of RM 425 For Unmarried Young Professional. An unmarried young professional with monthly income of RM5,000 will enjoy income tax savings up to RM425 per person.
10. Pilgrimage Can Withdraw Fro EPF Account 2. Potential haj pilgrims can withdraw from EPF Account 2 to meet costs, limited to a maximum withdrawal of RM3,000

10. Allocation of RM1.5 billion to stabilise the prices of cooking oil in the market.

11. Sugar Subsidy Reduced by RM0.20. Government subsidy on sugar reduced by RM0.20 per kilogramme, effective from Sept 29 to help alleviate rising diabetes cases

12. BR1M 2.0 to hand out RM250 and scheme extended to single unmarried individuals aged 21 and above and earning not more than RM2,000 a month

13. My First Home Scheme will be improved by increasing the income limit for individual loans from RM3,000 to RM5,000 per month or joint loans of husband and wife of up to RM10,000 per month. The requirement for a savings record equivalent to three months instalment and minimum employment of six months will be abolished.

14. RM738 million is provided for youth and sports development. RM15 million to prepare athletes for international sporting events, a covered velodrome in Seremban and a badminton academy in Bukit Kiara with an allocation of RM80 million.

15. A one-off rebate of RM200 will be provided for the purchase of a 3G smartphone from authorised dealers. The initiative is for youths aged between 21 and 30, earning RM3,000 and below monthly. A sum of RM300 million is allocated to benefit 1.5 million youth.

16. To assist young ICT entrepreneurs, a New Entrepreneur Foundation (NEF) will be set up with initial allocation of RM50 million .

17. Five more Anjung Kasih in Sibu, Miri, Temerloh, Seremban and Ipoh hospitals for temporary and comfortable accommodation for poor patients and accompanying family members

18. 1Malaysia Welfare Programme (KAR1SMA) gets RM1.2b for senior citizens, children, disabled workers and chronic illnesses programmes

19. Allocation of RM25,000 for free mammogram examination for women, which is estimated to benefit 100,000 women aged 40 and above

20. RM50 million to support the women’s dual roles as economy contributors and home makers

21. RM20 million for 70 more 1Malaysia clinics; RM100 million to upgrade 350 clinics nationwide and 150 more dialysis machines in government haemodialysis centres .

22. Urban Transformation Programme to develop urban areas with an allocation of RM200 million and a National Strategic Coordination Unit set up in Finance Ministry for this. .

23. RM4.5 billion will be allocated to implement various rural infrastructure development projects

24. An allocation of RM39 million to finance KRT (kawasan rukun tetangga) activities .

25. RM40 million for 4,025 ROS-registered resident associations, each association to get RM10,000 to promote neighbourhood patrols.

26. Uniforms for 300,000 active members of People’s Volunteer Corp (RELA) with an allocation of RM90 million

27. Launching grant of RM14 million to National Legal Aid Foundation for those who cannot afford legal representation – an additional allocation of RM20 million to be provided in 2013. .

28. RM6 billion under the Private Financing Initiatives for refurbishment and maintenance of schools and health clinics; housing projects; water tank projects; flood mitigation plans and provision of sports facilities.

29. Processing fee for each housing loan application by civil servants fixed at RM100 per application regardless of the loan amount .

30. Government to provide RM200 per month special incentive for 125,708 military personnel effective Jan 1, 2013 involving a total allocation of RM301 million .

31. Government will ensure that the federal government debt does not exceed 55 per cent of GDP .RM3.7 billion for technical and vocational training of students .

32. Pensioners with more than 25 years of service to get revised minimum pension of RM820 backdated from Jan 1, 2012

33. RM1 billion will be available through SME bank to help increase Bumiputera SME equity in the economy

34. Special fund of RM1 billion for the construction and maintenance of schools and RM1.2 billion for pre-school education.

35. Govt will allocate RM350 million from Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) and RM50 million to train 3,200 poor Indian students with industrial skills .

36. RM500 million to upgrade skills of teachers in core subjects including English .

37. New task force to fight unemployment by training unemployed graduates, set up with an allocation of RM200 million

38. Tax exemption for a period of 10 years for TRX status companies . Tax-free incentives and grants for setting up of new nurseries .Tun Razak Exchange (TRX) is expected to attract 250 international companies and provide 40,000 job opportunities .21% of the total allocation set for education – RM38.7 billion 

39. Securities Commission to provide the AgroSukuk framework for for agriculture-based companies which include a double tax deduction between 2012 and 2015 .

40. Securities Commission to introduce Graduate Representative Initiative with private sector to train graduates in fulfilling industry needs .

41. Visit Malaysia Year programme expected to attract 26.8 million tourists for 2013/2014

42. RM230 million in incentives for fishermen, RM2.4 billion in subsidies and incentives for paddy sectors

43. Govt to introduce incentives to encourage oil and gas private operators including 100% income tax exemption (10yrs); stamp duty exemption

44. RM30 million for SME Masterplan (2012-2020), involving 32 initiatives, including six impact programmes and RM1 billion for SME Development Scheme .

45. RM500 million for the River of Life project to rejuvenate Klang River

46. Government to reintroduce foreign company acquisition incentives & tax incentives for local service providers

47. Government to allocate RM200 million ringgit through SME Bank to promote high impact halal industry Allocation is set at RM251.6 billion. Operating expenditures set at RM201.9b and development expenditure is RM49.

48. Federal Government’s revenue expected to increase to RM208.6b for 2013 from RM207.2b (2012) and deficit reduction from 4.5% to 4% (2012). PM says Malaysian economy expected to expand 4.5% to 5.5% for 2013.

Mupok Aku


 
Blog Widget by LinkWithin

BlogTopsites

Politics Blogs - Blog Top Sites

Alexia Rank

Technorati

BlogSearch Engine

BlogRanking

Politics Blogs - Blog Rankings